Peluang Internship Di McDonald's Seluruh Malaysia Kini Dibuka, Nikmati Elaun Lumayan Hingga RM1,400, Mohon Sekarang!
# Jenis Pekerjaan

Peluang Internship Di McDonald's Seluruh Malaysia Kini Dibuka, Nikmati Elaun Lumayan Hingga RM1,400, Mohon Sekarang!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 4, 2017
at 8:40 AM

Tahu tak, sekarang ni McDonald's sedang buka internship untuk pelajar yang ingin menjalani latihan praktikal dalam bidang hospitaliti dan F&B. Elaun yang ditawarkan cukup lumayan antara RM1,000 hingga RM1,400 sebulan. Banyak manfaat yang bakal terima sekiranya memilih McDonald's sebagai tempat praktikal korang termasuklah faedah perubatan, makanan percuma, sijil latihan dan banyak lagi! 

Korang boleh mula membuat permohonan internship secara online di cawangan McDonald's yang berdekatan dengan tempat korang kerana lokasi kerja adalah di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan secara online, boleh scroll ke bawah.


 

Elaun RM1,000 Hingga RM1,400 Sebulan

 

Kelayakan

  • Diploma / Ijazah dalam bidang berkaitan - F & B, Pengurusan Runcit, Pengurusan Perniagaan, Hospitaliti dan lain-lain.
  • Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Boleh menjalani 'On Job Training' pada waktu shift dan hujung minggu
  • Minimum latihan praktikal 3 bulan atau 'On Job Training'

 

Tanggungjawab

  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan sistem dan budaya McDonald's
  • Yakinkan pelanggan dengan memberikan servis terbaik dari segi kualiti, servis, kebersihan dan penilaian
  • Berkembang sehingga berkelayakan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengurus

 

Manfaat Tambahan

  • Uniform disediakan
  • Faedah perubatan
  • Makanan percuma
  • Sijil Pengendalian Makanan tajaan McDonald's
  • Typhoid jab tajaan McDonald's
  • Sijil Latihan McDonald's

 

 

Lokasi Kerja

  • Cawangan McDonald's seluruh Malaysia (tertakluk kepada kekosongan)

 

Jangan sia-siakan peluang ini.

Jomlah mohon beramai-ramai!