Lebih 1,000 Peluang Internsip Di Malaysia Untuk 2017/2018, Ada Elaun Cecah RM1,200 & Respon Segera!
# Pengetahuan Pekerja

Lebih 1,000 Peluang Internsip Di Malaysia Untuk 2017/2018, Ada Elaun Cecah RM1,200 & Respon Segera!

post by Izuan

by Izuan

Dec 5, 2017
at 4:21 AM

Difahamkan, kebanyakan institut-institut pengajian tinggi awam mahupun swasta bakal meleraikan tempoh semester dalam masa terdekat, secara langsungnya pasti siswa/siswi di tahun akhir terutamanya sedang bertungkus lumus mencari tempat untuk menjalankan latihan industri kan?

Kami yakin ramai antara anda bakal memulakan latihan industri ini pada bulan Februari 2018. Oleh itu, untuk pengetahuan anda disini ada satu 'tempat' dimana ia mengandungi lebih daripada 1,000 peluang untuk menjalani latihan industri bagi tahun 2018. 

Segalanya Di Internsheeps.Com

Internsheeps.com merupakan satu platform atas talian yang dirumuskan khas buat para mahasiswa dari institut awam mahupun swasta. Platform Internsheeps.com ini khusus bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk menjalani latihan industri sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Bagi memudahkan pencarian mahasiswa, Internsheeps.com adalah platform efisien, berbeza dengan laman portal kerja dimana segala senarai jawatan khas untuk latihan industri telah dikepilkan di laman sesawang ini.

 

Lebih 1,000 Peluang Latihan Industri Disediakan!

Terdapat bermacam-macam jenis jawatan dari pelbagai bidang yang anda boleh mohon, dari syarikat baru mahupun syarikat besar turut tersenarai di dalam platform ini. Anda tak perlu ragu dengan tahap pengalaman dan kemahiran, memandangkan Internsheeps.com ini khas untuk para pelajar. 

Memandangkan bermacam-macam jawatan disediakan, anda tak perlu risau untuk memilih jawatan-jawatan yang lain.

 

Boleh Meraih Elaun Bulan Mencecah Sehingga RM 1,200++

Bergantung kepada jenis syarikat yang menawarkannya, syarikat-syarikat yang besar atau bidang-bidang tertentu ada menyediakan jumlah elaun bulanan yang tinggi. Selain itu disinilah peluang untuk anda meraih pengalaman kerjaya dan kemungkinan dipilih untuk menjadi pekerja sepenuh masa di syarikat tersebut.

 

Respon Dengan Kadar Segera

Tempoh untuk mencari peluang latihan industri ini adakalanya memakan masa yang lama, ada yang sudah masuk semester baru masih belum mendapat peluang kerja. Dengan adanya Internsheeps.com ini anda tak perlu risau dengan status permohonan anda. Anda akan diberitahu melalui sistem jika diterima, atau tidak dalam masa seminggu!

Jika ingin medapat panggilan daripada majikan dengan pantas, pastikan anda mematuhi segala panduan yang telah ditetapkan.

 

Bagaimana Untuk Menggunakannya?

Hanya perlu ke Internsheeps.com (atau klik pada pautan tersebut) dan daftar dengan mengisi butiran lanjut. Mohon dan tunggu respon, segala jawatan boleh didapatkan disini!

1) Layari Internsheeps.com

2) Klik Pada Butang 'Login/Register'

3) Isikan Butiran

 

4) KLIK 'View Profile'

4) Lengkapkan Profil Anda

5) Pastikan Profil Lengkap 100%!

Pastikan profil itu lengkap 100% sebab anda akan ada bermacam-macam manfaat, salah satunya majikan mungkin yang akan 'kejar' anda. Mereka akan nilaikan profil anda dan boleh hubungi untuk temuduga tanpa perlu membuat sebarang permohonan.

Mudah bukan? Jika anda inginkan tempat latihan industri dengan mudah, pantas dan efisien hanya perlu ke laman rasmi INTERNSHEEPS.COM dan ikuti panduan-panduan

diatas!