Kerja Tukar Mentol, Gaji Sehari $20,000 Waktu Cuma 6 Bulan Sekali Tapi...
# Pengetahuan Pekerja

Kerja Tukar Mentol, Gaji Sehari $20,000 Waktu Cuma 6 Bulan Sekali Tapi...

post by Izuan

by Izuan

Dec 10, 2017
at 4:42 AM

Waktu kerja dia cuma sehari sahaja dan tugas yang dilakukan itu hanya 6 bulan sekali, tapi gaji memang masyuk. Sumpah tak tipu! Tapi faham-fahamlah, biasanya kerja yang gaji yang tak realistik ini lebih terdedah dengan bahaya. Sudah semestinya kerja pemuda ini sedemikian rupa.

Bukan sahaja terdedah bahaya, malah kalau silap langkah boleh membawa maut! Kami yakin ramai yang takkan berani dengan kerja yang dia lakukan ini. Tugasnya adalah...

Tukang Tukar Mentol! USD 20,000 Sehari!

Hah?! Biar betul? Tukar mentol tu suri rumahpun pandai. Ya tapi dia bukan tukar di sebarang tempat, dan kerja dia tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi pada mereka yang ada rasa gayat dengan ketinggian. Kalau ikut logik, orang yang takut ketinggian ni panjat tangga nak tukar mentol rumah pun dah takut.

Tapi Kena Panjat Menara TV Dengan Ketinggian 1,500  Kaki Sambil Memikul Perkakas Elektrik Yang Berat 

Tinggi tu! Tengok gambar je dah gayat, pekerja memang Jadi memang berbaloi lah dengan kerja yang dilakukan, bukan sembarangan orang boleh dapat kerja ini. Hanya kelulusan tertentu seperti kejuruteraan elektrik dan perlu menjalani latihan tersendiri sebelum menjalankan tugas. 

Jadi, cuba tengok video dibawah ni, meremang bulu sekejap.

Video