Masih Ada Harapan Untuk Buat 'Loan' Walaupun Rekod Kredit Buruk, Ikut 5 Cara Ni
# Gaya Hidup

Masih Ada Harapan Untuk Buat 'Loan' Walaupun Rekod Kredit Buruk, Ikut 5 Cara Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 12, 2017
at 3:06 AM

Kalau diikutkan, kalau nak harapkan gaji bersih semata-mata untuk menampung kos kehidupan, memang cukup-cukup makan je ataupun memang tak cukup. Disebabkan faktor sebegini, ramai yang mengambil inisiatif dengan memohon pinjaman sampingan bagi menambah pendapatan.

Tapi apa yang masalahnya, bagaimana seseorang individu tu nak membuat pinjaman sekiranya mereka mempunyai rekod kredit yang buruk dan bank taknak luluskan permohonan tersebut? 

Jangan risau. Masih ada harapan lagi untuk korang untuk membuat pinjaman. Ini ada 5 cara nak buat pinjaman sekiranya memiliki rekod kredit buruk.

1. Kesatuan Kredit (Credit Union)

  • Kesatuan bukan-keuntungan (not-for profit) yang membantu ahli untung membuat simpanan di samping meminjam wang apabila perlu.
  • Kerana ia biasanya ditubuhkan dalam kalangan komuniti (i.e.: koperasi) semua ahli saling mengenali antara satu sama lain. Lantas, ianya lebih fleksibel untuk anda memohon pinjaman berbanding bank. Salah satu kelebihan kesatuan kredit juga ialah anda boleh membuat simpanan yang lebih besar. Kadar faedah yang dikenakan juga adalah lebih berpatutan berbanding yang dikenakan oleh syarikat kad kredit.
  • Kelemahan: Syarat penyertaan yang agak ketat. Seperti yang dimaklumkan, ianya ditubuhkan dalam kalangan komuniti (contoh: kesatuan pekerja), maka hanya ahli-ahli dalam kalangan komuniti itu sahaja yang boleh menyertai dan menikmati kelebihan tersebut.

2. Pinjaman Habis Bulan (Payday Loan)

  • Pinjaman ini ditawarkan dalam skala yang kecil untuk jangka masa pendek, kebiasaannya perlu dibayar semula dalam tempoh 30 hari.
  • Kelebihan: Proses permohonan dan kelulusan yang mudah dan wang pinjaman juga akan dikreditkan ke akaun anda dengan cepat.
  • Kelemahan: kadar faedah yang dikenakan agak tinggi, dan caj-caj tambahan yang turut dikenakan terutama sekali jika anda tidak dapat melangsaikan bayaran dalam masa sebulan.

3. Pinjaman berpenjamin (Guarantor Loan)

  • Pinjaman yang ditawarkan untuk mereka yang memiliki rekod kredit ynag buruk namun mempunyai kenalan / keluarga dengan rekod kredit yang baik dan bersetuju untuk menjadi penjamin sekiranya peminjam gagal melangsaikan hutang.
  • Kelebihan: Kadar pembayaran semula yang lebih rendah berbanding pinjaman habis bulan. Peluang untuk permohonan diluluskan juga lebih cerah jika rekod kredit penjamin lebih baik.
  • Kelemahan: Kadar faedah yang dikenakannya masih lagi tinggi berbanding pinjaman-pinjaman lain.

4. Pinjaman Kredit Bercagar (Secured Credit Loans)

  • Juga dikenali sebagai bad credit loans, pinjaman ini dijamin dengan cagaran ke atas harta yang anda miliki. Sesuai untuk pinjaman jangka panjang.
  • Kelebihan: Jumlah yang anda boleh pinjam adalah lebih besar, dengan tempoh pembayaran semula yang lebih panjang, menjangkau 30 tahun. Kadar faedah yang dikenakan juga kebiasaannya yang terendah berbanding semua alternatif yang dinyatakan disini.
  • Kelemahan: Tidak sesuai untuk pinjaman jangka pendek. Anda juga perlu memiliki sebuah harta (kebiasaannya rumah) untuk memohon pinjaman ini. Namun ingat bahawa harta yang anda cagarkan boleh tergadai jika anda gagal melangsaikan bayaran semula. Jumlah yang anda perlu bayar juga akan berganda (ditambah dengan faedah) jika anda mengambil masa yang lama untuk melangsaikan pinjaman tersebut.

5. Kad Kredit untuk Mereka dengan Rekod Kredit Buruk

  • Ini merupakan Kad kredit yang menerima pemohonan dari individu yang memiliki rekod kredit yang buruk. Biasanya ditawarkan oleh firma kad kredit dan pengeluar eksklusif.
  • Kelebihan: Kadar faedah yang dikenakan adalah antara yang terendah apabila digunakan dalam jangka masa panjang, terutamanya apabila anda melangsaikan baki tertunggak tepat pada masanya.
  • Kekurangan: Anda tidak boleh melangsaikan baki tertunggak kad-kad terdahulu menggunakan kad kredit ini. Anda juga tidak boleh melangkau had kredit yang ditetapkan.

Namun, sebelum mengisi borang permohonan tu, buat kajian secara terperinci terlebih dahulu mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan supaya korang tak rasa terbeban di kemudian hari.