Lulusan Degree, Jadilah Management Trainee Di Sini & Raih Gaji Basic RM2,000! Kerja 5 Hari Seminggu Je!
# Jenis Pekerjaan

Lulusan Degree, Jadilah Management Trainee Di Sini & Raih Gaji Basic RM2,000! Kerja 5 Hari Seminggu Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 12, 2017
at 8:11 AM

Masalah pemegang ijazah yang menganggur boleh diatasi jika anda mohon kerja menggunakan platform yang betul. Salah satu bukti masalah pengangguran ini boleh diatasi adalah dengan memohon kerja di McDonald's Malaysia! Jika anda pemegang Degree, segeralah mohon kerja dengan McDonald's sebagai Management Trainee di ketiga-tiga lokasi ini dengan gaji basic yang sangat lumayan RM2,000!

Bertuah jika anda mohon kerja di sini sebab peluang untuk menjadi Restaurant General Manager amat lah tinggi dengan tawaran gaji RM 3,200++ sebulan. Tak semua tempat kerja menawarkan peluang kenaikan pangkat sehebat ini, kan? Bukan itu saja, anda juga bakal menerima bonus 4 kali setahun dan cuma perlu bekerja 5 hari saja seminggu! Ada banyak lagi manfaat tambahan yang disediakan seperti yang disenaraikan di bawah.

 

"Accelerated Training Program" Memudahkan Anda Naik Pangkat

Jika prestasi kerja begitu memberangsangkan, dalam masa 20 hingga 24 bulan sahaja anda akan dilatih untuk memegang jawatan sebagai Restaurant General Manager! 

 


 

Management Trainee 

 

Kelayakan

  • Mempunyai Ijazah Sarjana (Degree) dalam bidang yang berkaitan (hospitaliti, pengurusan makanan, peruncitan, khidmat pelanggan, perniagaan, keusahawanan, teknologi makanan, pengurusan halal dan sebagainya)
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia and Inggeris.
  • Boleh bekerja syif serta pada hujung minggu.

 

Tanggungjawab

Bekerjasama dengan pasukan pengurusan restoran dalam menguruskan operasi restoran dengan pandangan mencapai hasil perniagaan yang lebih besar outlet yang dipilih melalui integrasi manusia, kelengkapan dan produk.

  • Membantu menetapkan objektif, mengurus belanjawan dan mengawal stok, dan juga membantu dalam merekrut, melatih dan memberi motivasi kepada ahli kru.


    Manfaat tambahan

    • Gaji basic RM2,000
    • Kerja 5 hari seminggu
    • Elaun shift sehingga RM200
    • Bonus 4x setiap tahun
    • Elaun Makanan
    • Elaun Perubatan
    • Cuti tahunan

     


     

    Lokasi Kerja

     

    KL/SELANGOR >> MOHON DISINI!

    PENANG >> MOHON DISINI!

    JOHOR  >> MOHON DISINI!