Mengikut apa yang pernah terjadi sebelum ini, pemberhentian kerja berlaku akibat penutupan syarikat ataupun disebabkan oleh berlebihan pekerja. Selain itu, pemberhentian kerja boleh berlaku akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.


by Haziqah Muhamad
Mengikut apa yang pernah terjadi sebelum ini, pemberhentian kerja berlaku akibat penutupan syarikat ataupun disebabkan oleh berlebihan pekerja. Selain itu, pemberhentian kerja boleh berlaku akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.
Sekiranya hal ini terjadi kepada anda, jangan terus panik kerana anda layak tuntut 4 faedah statutori berikut:

Bagi mereka yang diberhentikan tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, pekerja berhak untuk menuntut bayaran gaji ganti notis (indemniti). Gaji ganti notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

Pembayaran faedah pemberhentian hendaklah mengikut ketetapan di dalam kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar minimum yang telah ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955 iaitu:
(a) 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat melebihi 12 bulan tetapi kurang daripada 2 tahun;
(b) 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun;
atau
(c) 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun dan lebih, pro-rata di kira bagi tempoh perkhidmatan yang tidak genap setahun, mungkin genap dengan bulan yang hampir sekali.

Pekerja berhak mendapatkan butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraa dibuat. Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Setiap pekerja akan diberikan cuti tahunan (annual leave), jadi jika pekerja diberhentikan dalam tempoh yang singkat dan masih ada baki cuti tahunan yang tidak sempat digunakan. Pekerja ada hak untuk gantikan dalam bentuk gaji.
Contohnya, anda menerima notis diberhentikan dalam masa 5 bulan, dan anda ada 14 hari cuti tahunan yang masih belum digunakan. Anda boleh berhenti lebih awal daripada tempoh notis tersebut dengan menggunakan cuti tahunan atau berhenti ikut tempoh notis tapi cuti tahunan boleh ditukar dalam bentuk gaji.