Tips & 2 Contoh Surat Mohon Kerja Jika Ingin Menulis Dalam Bahasa Melayu
# Pengetahuan Pekerja

Tips & 2 Contoh Surat Mohon Kerja Jika Ingin Menulis Dalam Bahasa Melayu

post by Izuan

by Izuan

Jan 16, 2018
at 7:24 AM

Surat permohonan pekerjaan hendaklah dilampirkan bersama dnegan resume anda ketika mencari pekerjaan. Bukan apa, dengan adanya surat permohonan, anda akan dilihat seperti seorang yang professional dalam memohon jawatan kosong.

Surat permohonan tidak semestinya ditulis dalam Bahasa Inggeris kerana ia juga boleh dibuat dalam versi Bahasa Melayu bergantung kepada kesesuaian jawatan.

Jadi, jom ikuti tips dan cara kami menulis surat permohonan yang awesome ini supaya permohonan anda dipertimbangkan untuk menghadiri sesi temuduga!

TIPS MENULIS SURAT PERMOHONAN

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira apabila menulis surat resume iaitu:

  • Jangan sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan
  • Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melainkan secara ringkas.
  • Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas.
  • Jangan menyatakan tugas menggunakan kepupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
  • Jangan memberikan maklumat palsu.
  • Jangan hantar surat atau resume salinan.

1. CONTOH SURAT PERMOHONAN

Nama Anda

Alamat surat menyurat

......................................................................................................

Pengurus Besar

Jabatan Sumber Manusia

Kumpulan Kembara Sdn Bhd

Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,

40000 Shah Alam 

Selangor Darul Ehsan                                                                       18 Mac 2016

 

Tuan/Puan

 

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG

Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

............................................

Nama Anda

Email: namaanda@yahoo.com

2. CONTOH SURAT PERMOHONAN BAGI GRADUAN

Nama Anda

Alamat surat menyurat

No hp

email:

tarikh:

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.

Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.

Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

..................................

Nama anda.

Sumber : Buat Resume