Dapatkan Ganjaran Pemandu Grab Dengan Program Tenkiu Fa Cai! Melalui 4 Tutorial Ni.
# Trending Semasa

Dapatkan Ganjaran Pemandu Grab Dengan Program Tenkiu Fa Cai! Melalui 4 Tutorial Ni.

post by Nazatul

by Nazatul

Feb 22, 2018
at 10:08 AM

Program ini bertujuan untuk menghargai jasa pemandu perkhidmatan berkenaan yang bertungkus lumus menjadikan syarikat itu sebagai pilihan pertama dalam industri pengangkutan e-panggilan.

Ini juga merupakan julung kali diadakan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama pemandu yang menjadi tulang belakang kepada syarikat berkenaan.

Antara pengisian program adalah Rumah Terbuka Grab dikhususkan kepada pemandu dan keluarga mereka serta pemberian ganjaran kepada pemandu melalui GrabRewards, dengan pelanggan boleh memberi tip RM3 kepada pemandu mereka menggunakan mata GrabRewards bermula 9 Feb hingga 1 Mac ini.

Ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Pilih GrabRewards dalam aplikasi Grab anda dan lihat Katalog.

2. Klik pada 'Tip On Driver'.

3. Klik pada 'Purchase' dan korang akan lihat Submission Form.

4. Masukkan plat number kereta (e.g. WXX 3388) dalam borang.