Tajaan Penuh Sambung Belajar, Elaun COLA RM200 & Banyak Lagi, Semuanya Kalau Kerja Di AEON Johor!
# Jenis Pekerjaan

Tajaan Penuh Sambung Belajar, Elaun COLA RM200 & Banyak Lagi, Semuanya Kalau Kerja Di AEON Johor!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 15, 2018
at 4:05 AM

Teringin bekerja dengan syarikat besar dan kukuh? Ingin menikmati pelbagai jenis manfaat dari segi elaun, peluang naik gaji dan sebagainya? Apa kata korang mohon terus kerja dengan AEON Co. (M) di Johor sekarang! 

Sudah ramai yang berpeluang bekerja dengan AEON Co. (M) dan dapat menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan! Bayangkan, dah lah pendapatan lumayan sehingga RM1,800 sebulan, siap ada banyak lagi manfaat lain termasuklah elaun COLA RM200, kenaikan gaji, skim rebat dan banyak lagi.

Ada yang berniat nak sambung belajar? Jangan risau, AEON Co. (M) boleh beri tajaan penuh untuk korang tau

Banyak betul manfaat yang korang boleh dapat kalau kerja di sini. Rugi betul kalau korang lepaskan peluang ni macam tu je. Baik korang mohon cepat! Link permohonan semuanya sudah disediakan seperti di bawah: 

 


 

Trainee Baker

(Pendapatan RM1,000 - RM1,800 Sebulan)

 

Kelayakan

  • Sekurang-kurangnya PMR dan setaraf
  • Berpenampilan menarik dan rapi
  • Berpengalaman dalam bahagian penyediaan makanan/hospitaliti/F&B/cafe

 

Tanggungjawab

  • Boleh bekerja dengan Baker untuk mencapai standard dan piawaian
  • Boleh menyelesaikan tugasan harian mengikut Jadual Kerja Harian
  • Boleh belajar untuk guna, jaga dan bersihkan peralatan membuat roti/kek

 

>>> NAK DAPAT KERJA NI SEGERA? KLIK SINI TERUS! <<<

 


 

Receiver

(Pendapatan RM1,000 - RM1,800 Sebulan)

 

Kelayakan

  • Sekurang-kurangnya SPM dan setaraf
  • Berpenampilan menarik dan rapi
  • Boleh bekerja shift, hujung minggu dancuti umum
  • Berpengalaman dalam pengurusan forklift

 

Tanggungjawab

  • Periksa kandungan barang dan pastikan tiada sebarang kerosakan
  • Keluarkan barang dari trak yang sampai
  • Terima penghantaran dan tandatangan dokuman setelah menerimanya

 


 

Security Assistant

(Pendapatan RM1,000 - RM1,800 Sebulan)

 

Kelayakan

  • Sekurang-kurangnya SPM dan setaraf
  • Boleh bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik
  • Berat badan yang ideal (rujuk BMI anda) + boleh bekerja shift


Tanggungjawab

  • Memastikan persekitaran adalah selamat untuk pelanggan dan pekerja
  • Pastikan semua pekerja, pelawat, rakan kongsi dan pelanggan mematuhi prosedur syarikat
  • Lakukan pemeriksaan pada pintu keselamatan keluar & masuk
     

>>> NAK DAPAT KERJA NI SEGERA? KLIK SINI TERUS! <<<

 


 

Driver

(Pendapatan RM1,000 - RM1,800 Sebulan)

 

Kelayakan

  • Berdisiplin dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja
  • Rekod memandu yang baik (tidak disenarai hitam)
  • Mesti mempunyai lesen memandu PSV dan GDL yang sah dan boleh bekerja secara shift

 

Tangunggjawab

  • Memasukkan, memunggah, menyediakan, memeriksa dan mengendalikan kenderaan penghantaran
  • Memastikan semua perkara direkodkan termasuklah rekod perjalanan, borang pengangkutan pelanggan, menyelenggara kenderaan, beli minyak kereta, laporan kemalangan, laporan keadaan kenderaan dan laporan lain seperti yang diarahkan oleh pengurusan
  • Apa-apa kerja tambahan lain seperti yang diarahkan
     

>>> NAK DAPAT KERJA NI SEGERA? KLIK SINI TERUS! <<<

 


 

Manfaat Tambahan

  • Faedah perubatan
  • KWSP
  • SOCSO
  • Elaun tambahan (bahagian kemahiran sahaja) + COLA RM 200 untuk AEON BUKIT Indah & Bandar Tebrau
  • Bonus tahunan
  • Kenaikan gaji
  • Peluang melanjutkan pengajian
  • Latihan disediakan
  • Uniform
  • Skim rebat

 


 

Lokasi Kerja

Lokasi kekosongan adalah di

AEON Bukit Indah, Johor Bharu.

Mohon terus di link yang disediakan!