Dalam satu kajian terbaru daripada syarikat rekaan pejabat, Mindspace, lebih daripada satu per lima generasi Y (gen-Y) menolak untuk bekerja dengan majikan yang tidak mempunyai rekaan pejabat menepati cita rasa mereka.

by Nazatul
Dalam satu kajian terbaru daripada syarikat rekaan pejabat, Mindspace, lebih daripada satu per lima generasi Y (gen-Y) menolak untuk bekerja dengan majikan yang tidak mempunyai rekaan pejabat menepati cita rasa mereka.
Sebanyak 16 peratus responden yang terdiri daripada golongan muda berusia 18-24 tahun bertindak berhenti kerja kerana ruang pejabat tidak menarik. Manakala 31 peratus pekerja di United Kingdom (UK) mengatakan bahawa persekitaran pejabat mereka tidak dapat memberikan inspirasi.
Dalam pada itu, kajian terhadap 2,000 pekerja di UK mendapati, 28 peratus daripadanya mengatakan pejabat mereka ketinggalan zaman dan ‘suram’.

Kalau korang nak tahu, mereka ini juga disebut sebagai generasi millenium Generation Next, Net Generation dan juga Echo Boomers yang terdedah dengan pelbagai elemen yang menyeronokan seperti muzik, permainan video, aktiviti sosial, teknologi DVD, mp3, Ipod dan sebagainya.
Generasi yang hidup senang dan menjadi harapan besar ibu-bapa. Mereka lahir ketika komputer peribadi mula digunakan. Ketika mereka membesar, telefon bimbit telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Generasi ini tidak dapat lagi dipisahkan elemen hiburan seperti muzik dan video dalam gajet-gajet mudah alih mereka.
Kalau korang nak tahu, sebanyak 31 peratus pekerja di sana mengatakan bahawa persekitaran pejabat mereka tidak inspirasi.
Menurut Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, golongan milenial ni lebih peka kepada persekitaran dunia. Jika dibandingkan ruang persekitaran pejabat antara syarikat teknologi dengan syarikat biasa memanglah amat berbeza.

Golongan milenial atau Gen Y lebih mementingkan ruang pejabat yang kondusif berbanding hasil kerja yang mereka buat. Ini dapat dibuktikan lagi menerusi kajian terbaru syarikat rekaan pejabat, Mindspace, iaitu satu per lima golongan tersebut memilih persekitaran bekerja yang mengikut trend.
Rata-rata industri teknologi memang sudah lama mengakplikasikan situasi kerja. Hal ini kerana golongan milenial lebih terpengaruh dengan ruang persekitaran pejabat yang dimiliki oleh rakan sebaya mereka dan ini secara tidak langsung mewujudkan perbandingan.
.jpg)
Walaupun, semakin banyak syarikat yang bersifat 'terbuka' tetapi ramai pekerja yang mengatakan ruang pejabat mereka adalah terhad dan sukar berkerjasama dengan rakan sekerja.
Ruang khas dalam pejabat diperlukan supaya aktiviti perbincangan dapat dilakukan dengan lebih privasi berbanding di meja pejabat. Majikan juga perlu merancang untuk membina ruang yang lebih besar dan mampu menggalakkan kerjasama antara pekerja di dalam pejabat.
Yang lebih menakjubkan lagi, Amazon telah membina satu pejabat yang berkonsepkan hutan yang mampu menjana idea yang segar serta kreatif bagi melonjakkan produktiviti para pekerja selain menikmati persekitaran alam semulajadi.

Ia juga membuka ‘hutan dalam pejabat’ dalam usaha membantu para pekerjanya membina idea-idea yang lebih segar. Bangunan ikonik yang dikenali sebagai The Spheres, terletak di Seattle, Washington, kelihatan seolah-olah seperti rumah hijau dan bukannya sebuah pejabat.