Kajian Di Hong Kong Buktikan 30 Jenis Marjerin Ni Ada Bahan Penyebab Kanser!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kajian Di Hong Kong Buktikan 30 Jenis Marjerin Ni Ada Bahan Penyebab Kanser!

post by Nazatul

by Nazatul

Apr 25, 2018
at 5:15 AM

Siapa sangka marjerin yang dijadikan jem roti atau minyak masakan mengandungi bahan penyebab kanser!

Kebanyakkan manjerin yang dijual di Hong Kong mengandungi bahan berbahaya yang dikenali sebagai Glycidol (Epoxy propanol) iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser dan pencemar 3-MCPD yang boleh merosakkan buah pinggang dan sistem pembiakan lelaki!

Ujian telah mendapati bahawa 18 sampel marjerin dikesan mengandungi Glycidol manakala sekurang-kurangnya 16 sampel marjerin mengandungi 3-MCPD. Selain itu, separuh daripada 30 produk yang diuji mempunyai label pemakanan yang tidak tepat.

Menurut Persatuan Pengguna, pihak mereka telah menasihati orang ramai untuk memastikan pengambilan makanan yang mengandungi bahan karsinogenik dikurang atau dielakkan

Sebagai contoh, Lurpak Slightly Salted Organic Spreadable Butter Blended With Vegetable Oil mengandungi 410mg natrium per 100g iaitu 10 kali lebih banyak daripada jumlah yang dibenarkan.

Malah marjerin Sunny Meadow Spread With Canola Oil didapati mengandungi jumlah kanser tertinggi.

Penemuan lain, 16 jenama marjerin lagi turut mengandungi 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol), yang disyaki adalah sebatian kimia karsinogenik.

Kemungkinan 3-MCPD boleh merosakkan organ dalaman serta sistem reproduktif lelaki.

Setakat ini, pengambilan ‘glycidol’ maksimum harian tidak disyorkan dan doktor menyarankan orang ramai meminimumkan penggunaannya.

Berikut senarai produk marjerin yang mengandungi ‘gycidol’ dan bertanda * pula turut mengandungi 3-MCPD:

1. MeadowLea Original Vegetable Fat Spread 

2. Olive Grove Classic Mild Tasting 65% Less Saturated Fat Than Butter Edible Oil Spread / Fat Spread (*)

3. I Can’t Believe It’s Not Butter! Light Vegetable Oil Spread (*)

4. Sainsbury’s Lighter Butterlicious Made with Butter Milk (*)

5. Flora Light Spread (*)

6. Meiji Smooth and Soft (*) Snow Brand Neo Soft Spread (*)

7. Flora Original Spread (*) M&S Reduced Fat Olive Oil Spread Made Using Olive Oil (*) 

8. Essential Waitrose Olive Spread- Reduced Fat Spread (45%) (*)

9. Belle Premium Vegetable Fat Spread Made With Sunflower Oil (*)

10. Earth Balance Organic Whipped Buttery Spread (*) 

11. Tesco Sunflower Spread (*)

12. Sunny Meadow Spread With Canola Oil (*)

13. Lurpak Slightly Salted Organic Spreadable Butter Blended With Vegetable Oil President Ambassador Salted Culinary Fat Blend (*)

14. Copha Vegetable Shortening Made With Coconut Oil (*)

15. Tablelands Butter Spread With Plant Sterols (*)