10 Step Macam Mana Nak Betulkan Semula Skrin Smart Tag Macam Ini
# Gaya Hidup

10 Step Macam Mana Nak Betulkan Semula Skrin Smart Tag Macam Ini

post by Izuan

by Izuan

Jun 1, 2018
at 4:40 AM

Siapa kat sini pengguna Smart Tag? Kalau korang pakai model yang nipis macam dalam gambar ni pasti majoriti akan mengalami masalah skrin macam ni kan? Jangan frust, jangan beli baru lagi, sebab smart tag tu sebenarnya masih elok. 

Tapi memanglah masalah kecil sahaja yang terjadi dan masih boleh berfungsi, cuma rasa benganglah sebab susah nak tahu jumlah baki yang masih ada sebab selain nak melancarkan pejalanan, itulah tujuan utama kita pakai Smart Tag tu kan?

Masalah kecil ni jugalah yang akan bagi impak besar, bila nak scan di lorong Smart Tag tak ada baki, kan dah menganggu aliran perjalanan, ya lah, kadang-kadang terlupa jumlah baki tu kalau dah penat sangat dengan hal-hal kerja seharian kan? Jadi, daripada korang buang dan bazirkan duit beli Smart Tag baru, apa kata luang masa untuk ikut panduan ini untuk pulihkan balik skrin Smart Tag yang tengah nazak tu.

1. Sediakan Set 'Screw Driver', Pensel 2B, Pemadam & Smart Tag. Beli Kat DIY Je, Tak Sampai RM12

2. Cari Mata Skru Yang Sesuai Dengan Skru Smart Tag & Buka

3. Kalau Smart Tag Korang Masih Dalam Warranty, Kopek Pelekat Kod Bar Dengan Teliti Untuk Membuka Skru, Tapi Kalau Dah Lama Selak Je 

4. Umpil Bahagian Ini (Rujuk Gambar) Untuk Buka Menggunakan Screwdriver Perlahan-Lahan Untuk Buka

5.  Selepas Buka Bahagian Atas, Buka Bahagian Bawah Pula, Umpil Klip Seperti Di Gambar

(Bahagian atas yang dah dibuka)

(Bahagian bawah, klip yang perlu diumpil untuk buka)

(Buka satu per satu)

6. Kemudian Buka Penutup Belakang & Depan Pula

(Bahagian dalam Smart Tag lepas dibuka)

7. Contengkan Bahagian Ini (Rujuk Gambar) Dengan Pensel 2B, Tapi Conteng Dengan Berhati Hati Sebab Ia Mudah Tertanggal

8. Lihat Semula Display Pada Skrin Samada Nombor Jelas Atau Tidak

9. Andaikata Tidak (Tulisan Cair, Hitam, Masih Tak Keluar Nombor) Gosok Semula Dengan Pemadan & Conteng Semula Sehingga Dapat Hasil Yang Korang Mahukan

10. Puas Hati? Pasang Balik

Dah Siap!

Video Untuk Lebih Jelas