Apa perasaan anda kalau tiba-tiba masa tengah best pecut untuk kejar lampu trafik tiba-tiba ternampak 'polis trafik' terapung di depan mata? Ini mungkin terjadi kalau anda duduk dekat negara China.

by sofea
Apa perasaan anda kalau tiba-tiba masa tengah best pecut untuk kejar lampu trafik tiba-tiba ternampak 'polis trafik' terapung di depan mata? Ini mungkin terjadi kalau anda duduk dekat negara China.
Sebelum bulu roma anda meremang, 'polis trafik' yang dimaksudkan adalah dron sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, China telah menggunakan dron untuk mengesan mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan atau melakukan kesalahan lalu lintas. Tapi bukanlah di semua lokasi, buat masa ni, dron ini digunakan untuk megesan kesalahan lalu lintas di bandaraya Jinan yang merupakan ibu kota Wilayah Shandong di bahagian timur China.
Baru je setengah jam menggunakan dron, polis dah dapat kesan kesalahan lalu lintas. Bayangkanlah kalau dibuat di Malaysia? Berjela-jela saman sorang-sorang boleh dapat.
Secara totalnya, ada 4 dron yang digunakan untuk menjadi 'polis trafik terapung' di China. Dron-dron yang digunakan dalam operasi ini lengkap dengan kamera berdifinisi tinggi.
Namun satu kekurangan teknologi ini adalah kerana ia tidak dapat digunakan sewaktu hujan. Tapi dalam dunia serba canggih ni, rasanya tak lama lagi wujudlah dron yang kalis air.
Sumber: FrontDesk , New China TV