Apa Nak Buat Lepas Interview? Buat 1 Benda Ni, Dan Job Offer Akan Masuk Sepantas Kilat!
# Pengetahuan Interview

Apa Nak Buat Lepas Interview? Buat 1 Benda Ni, Dan Job Offer Akan Masuk Sepantas Kilat!

post by sofea

by sofea

Sep 1, 2018
at 3:23 AM

Resume cantik, interview pun pergh! Lancar baq hang! Tapi macam mana kalau ramai lagi calon lain yang sama power macam korang? Macam mana nak jadikan diri diberikan perhatian yang lebih berbanding yang lain? 

Kalau korang rasa peperangan korang sudah berakhir sebaik pulang daripada interview, tengok sini:

 

Struggle korang sebenarnya tak terhenti sampailah korang dapat offer letter kerja.

Aik, apa benda pula nak buat lepas habis interview? Kat sinilah ramai orang terleka, bersuka-ria sebab rasa konfiden yang amat sangat yang korang dah berjaya ‘goda’ interviewer. Sebenarnya, dalam jangka masa nilah korang kena contact pihak syarikat aka interviewer untuk tahu sama ada korang dapat jawatan tu atau tak. 

Apa? Korang rasa majikan malas nak layan? Lagi sekali:

 

Korang rasa tak ada calon lain lagi yang buat follow-up sama ada dorang dapat kerja atau tak?

 

Kalau korang nak tahu, berdasarkan research 85% majikan suka bila orang yang dah diinterview melakukan follow-up. Kalau korang sendiri jadi bos, nampak sangatkan semangat nak kerja dengan company korang? Inilah salah satu caranya nak selitkan ketidaksabaran korang untuk menjadi sebahagian daripada company tu. 

 

Nampak tak? Hanya 60% je yang buat follow-up, lagi 40% pula yang mungkin juga korang sendiri hanyalah makan popcorn dan goyang kaki tunggu bilalah nak dapat offer letter. 

Moral of the story, tanyalah majikan korang selepas 2 ke 5 hari daripada hari interview tak kisahlah melalui henfon, emel ataupun paling high-class sekali, jumpa majikan sendiri okay?

Sumber: SnagAJob