Cara Tulis Surat Perletakan Jawatan Yang Paling Bagus & Sopan
# Pengetahuan Pekerja

Cara Tulis Surat Perletakan Jawatan Yang Paling Bagus & Sopan

post by sofea

by sofea

Mar 17, 2019
at 3:09 PM

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang menerima tawaran kerja di tempat baru, mesti rasa gembira kan? Dalam masa yang sama rasa sedih pun ada sebab disitulah tempat untuk menimba pengalaman dan dapat asah kemahiran. Tambahan pula rakan sekerja yang sudah dianggap seperti keluarga. Agak mendebarkan apabila ingin bersemuka dengan boss untuk menyatakan perkara ini, lebih-lebih lagi saat menghulurkan surat perletakan jawatan (resignation letter). Sebenarnya tak ada apa-apa pun tapi rasa gerun tu macam dia nak makan kita. 

Selain itu, mesti kita tak mahu reputasi kita tercemar, jaga persepsi majikan agar tidak tersinggung dengan kenyataan yang diberikan. Jadi, bagaimana ingin menghasilkan satu surat perletakan jawatan yang tidak mengguris hati majikan dan  agar majikan terima dengan hati terbuka? Korang boleh ikuti panduan ini.

'Ketuk Pintu'..Ceritakan Hajat Anda Untuk Meletakkan Jawatan aka Resign

maukerja resign letak jawatan

Tak perlu mengarang ayat puitis semasa menulis surat perletakan jawatan melalui pembuka kata yang berbunga-bunga dan ayat yang mengampu boss. Korang sebenarnya hanya perlu nyatakan bahawa korang ingin berhenti kerja pada tarikh yang telah ditetapkan. Nyatakan sebab berhenti kerja dengan ringkas dan padat, tak perlu bersusah-payah menghuraikan sebabnya. 

Contoh Ayat Dalam Surat Perletakan Jawatan Tu:

Dear [your boss’ name],

Please accept this letter as formal notification that I am resigning from my position as [position title] with [company name]. My last day will be [your last day—usually two weeks from the date you give notice].

Terima Kasih Boss Atas Segalanya 

maukerja resign letak jawatan

Mungkin pernah berlaku konflik antara korang dengan boss ataupun memang lumrah pekerja kurang menggemari atau takut dengannya. Ya lah, tak mustahil kalau salah satu sebab korang menulis surat perletakan jawatan daripada syarikat sekarang ni adalah disebabkan oleh bos tu sendiri. 

Tapi, korang perlu bersikap professional, dia tetap majikan kita. Eh! Tapi kenapa nak buat baik pula dah nak letak jawatan ni kan? Yelah, cuba korang fikir, daripada kerja-kerja yang korang pernah buat ni lah korang boleh gunakan majikan-majikan tu sebagai reference untuk majikan yang akan datang. Buanglah segala rasa sakit hati yang tersimpan dalam jiwa tu sebab korang pun dah nak bergerak ke tempat baru dengan angin baru, lapangkan dada dari sengketa lama. Cewah! Ini juga penting untuk korang lakukan demi kebaikan korang juga untuk menjaga network di masa hadapan!

Contoh Ayat Dalam Surat Perletakan Jawatan Tu:

Thank you so much for the opportunity to work in this position for the past [amount of time you’ve been in the role]. I’ve greatly enjoyed and appreciated the opportunities I’ve had to [a few of your favorite job responsibilities], and I’ve learned [a few specific things you’ve learned on the job], all of which I will take with me throughout my career.

Let Me Help You

maukerja resign letak jawatan

Jelaskan kerelaan korang untuk berikan yang terbaik sepanjang tempoh penamatan disitu, tak perlu berjanji sakan sampaikan mengampu bos dalam surat perletakan jawatan tu yang kononnya berjanji takkan buat kesilapan segala, jangan menipu kalau tak mampu lakukannya. Jujur dengan diri sendiri masa tulis surat perletakan jawatan.

Cukup sekadar dua barisan menyatakan bahawa anda ingin memastikan segala tugasan berjalan lancar untuk diagihkan kepada pekerja baru. 

Contoh Ayat Dalam Surat Perletakan Jawatan:

During my last two weeks, I’ll do everything possible to wrap up my duties and train other team members. Please let me know if there’s anything else I can do to aid during the transition.

I wish the company continued success, and I hope to stay in touch in the future.

Sincerely,

[Your name]

Kalau ikutkan rasa berat hati nak pergi, namun sebagai individu yang mempunyai hala tuju kehidupan, perlulah ada mara kehadapan dalam dunia kerjaya. Dalam perasaan gembira dan sedih itu, pasti terpaut rasa gementar kan? Memang begitu lumrahnya dalam kehidupan ni. 

Apa-apa pun, semua yang admin kongsikan di sini hanyalah sekadar contoh sebagai rujukan, korang boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan surat perletakan jawatan yang lebih baik, walaupun ia hanyalah sekadar surat ringkas tapi ia boleh memberi kesan terhadap perasaan boss, dia pun manusia biasa. 

Jaga hubungan baik, dan jangan sesekali cetuskan konflik, manalah tahu satu hari nanti anda akan kembali semula disitu kan? Kita tak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Korang boleh rujuk contoh ayat dalam surat perletakan jawatan yang lengkap seperti di bawah. 

Contoh Penuh Ayat Dalam Surat Perletakan Jawatan:

Dear [your boss’ name],

Please accept this letter as formal notification that I am resigning from my position as [position title] with [company name]. My last day will be [your last day—usually two weeks from the date you give notice].

Thank you so much for the opportunity to work in this position for the past [amount of time you’ve been in the role]. I’ve greatly enjoyed and appreciated the opportunities I’ve had to [a few of your favorite job responsibilities], and I’ve learned [a few specific things you’ve learned on the job], all of which I will take with me throughout my career.

During my last two weeks, I’ll do everything possible to wrap up my duties and train other team members. Please let me know if there’s anything else I can do to aid during the transition.

I wish the company continued success, and I hope to stay in touch in the future.

Sincerely,

[Your name]

Tak payah pening kepala lagi macam mana nak tulis surat perletakan jawatan, korang boleh ikut je panduan perletakan jawatan yang tertulis di dalam artikel ni. Dah tahu caranya, jangan lupa untuk kongsikan di media sosial, mungkin ramai lagi yang nak tahu macam mana cara paling bagus untuk menulis surat perletakan jawatan. Okay? Good luck!