5 'Rutin' Tak Sihat Ni Boleh Buat Korang Gemuk, Tapi Ramai Tak Tahu!'
# Gaya Hidup

5 'Rutin' Tak Sihat Ni Boleh Buat Korang Gemuk, Tapi Ramai Tak Tahu!'

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 6, 2018
at 8:52 AM

Selalunya korang dengar punca orang jadi gemuk kebanyakan nya disebabkan oleh pemakanan yang tidak di jaga ataupun tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat kan? Jarang-jarang kita dengar orang jadi gemuk sebab rutin harian diorang kan. Tapi korang tahu tak kalau korang amalkan rutin macam ni dalam kehidupan korang terutamanya di pagi hari, confirm korang naik berat badan! 

Eyh seriouslah? Alamak rutin apa yang senang sangat nak naik kan berat badan tu? Haa.. ni dia antara ruti yang sebolehnya korang kena elakan tu kalau korang tak nak gemuk! Baca dan hadamkan ni.

 

1. Jangan! 'Over Sleep'

Tidur yang berlebihan merupakan penyumbang utama untuk lemak-lemak membiak subuh dalam badan korang dan menjadikan korang gemuk. Jangan la tidur terlalu lama melebihi sepuluh jam. Sebab menurut kajian saintifik, bila korang tidur lebih lama korang akan memiliki indeks jisim tubuh yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang hanya tidur 7 hingga 8 jam setiap malam. Lagipun perasan tak bila korang tidur terlampau lama badan akan jadi makin penat dan lemau? Haa.. Nilah efek nya pada badan korang kalau indeks jisim tubuh korang tak berada pada paras yang normal. Tak rugi pun bangun awal, walaupun di hujung minggu. Bila banyak masa terluang banyak juga aktiviti yang berfaedah yang korang boleh lakukan. Contohnya beriadah bersama keluarga, atau meluangkan masa bersama kekasih hati. Tak kan nak terperuk 24 jam je dalam bilik tidur kan. Tolong lah korang, 'Go get a life please.'

 

2. Kemas tempat tidur!

Ehh? Serious lah tak kemas tempat tidur pun boleh naik berat badan? Katakan tidak! Haa.. Sape yang sejenis liat benau nak mengemas tempat tidur tu jaga-jaga lah ye. Kerana menurut hasil kajian National Sleep Foundation di Amerika, suasana tempat tidur yang kemas dan bersih akan menjadikan pengalaman tidur korang lebih berkualiti. Bila tidur berkualiti secara automatik nya korang akan dapat merasai pengalaman tidur yang lena dan mencukupi. Sekaligus peratusan dan kemungkinan untuk korang diserang obesiti lebih rendah.

Lagipun, bila difikirkan semula. Nak mengemas tempat tidur memerlukan tenaga yang agak banyak terutama bila korang mengemas secara keseluruhan termasuk lah menyapu dan mengemop lantai bilik korang. Fuh! dijamin berpeluh punya lah. Dah lah bilik korang akan sentiasa bersih. Lepas tu korang pun akan lebih sihat. Anggap je la mengemas bilik tu sebagai salah satu rutin atau senaman pagi yang akan memberi manfaat kepada korang. Jangan malas-malas lagi kemas tempat tido okay guys!

 

3. Jangan jadi 'Puteri Lilin' sangat.

Menurut kajian pakar, kalau korang terdedah kepada cahaya matahari terutamanya di waktu pagi! Ini akan bantu korang untuk cenderung memiliki BMI yang lebih rendah tau berbanding diorang yang bersifat puteri lilin atau takutkan matahari. Korang nak sihat? Eloklah korang dedahkan diri korang di bawah cahaya matahari. Tak perlu ambil masa yang lama pun 15 – 20 minit sehari pun dah lebih daripada cukup untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan menstabilan BMI korang tau. Badan kita ni pun ibarat tumbuhan juga, perlukan vitamin yang secukupnya. Cahaya matahari pagi ni baik untuk jadi vitamin kepada kulit agar lebih sihat dan segar.

 

4. Sarapan! Sarapan! Sarapan!

Haa.. sampai tiga kali ulang. Kalau korang ingat dengan skip makan tu korang boleh jadi lebih kurus, korang SILAP BESAR! Sebenarnya sarapan sangat penting untuk regime badan, sarapan dan makanan yang korang ambil akan ditukarkan kepada sumber tenaga yang diperlukan oleh badan untuk memulakan hari korang. Sebab tu ada pepatah omputih yang mengatakan 'Breakfast like a king! but dinner like a pauper.' Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, korang sebenarnya digalakan untuk jangan berhenti makan, makan lah banyak kali pun mengikut kemampuan korang, tapi dalam kuantiti dan portion yang terkawal tak jadi masalah! korang tak kan gemuk punya, tak tipu.

 

5. Fobia, timbang berat badan.

Ramai yang takut nak naik atas penimbang berat tu, terutamanya perempuan. Sebab takut bila timbang je berat naik lagi. Tapi ramai yang tak tahu semakin korang mengelak untuk timbang berat korang, semakin tinggi lah risiko untuk berat badan korang naik tanpa pengawalan! Sekurang-kurang nya bila korang timbang, korang boleh monitor berat badan korang dari naik mendadak. kalau agak-agak berat badan tu dah diatas paras normal bila timbang, boleh lah korang cepat-cepat ambil tindakan untuk menurunkan nya. Lagipun ia juga akan jadi reminder untuk korang agar tak makan berlebihan. JAdi jangan lah takut untuk naik atas penimbang tu okay? Penimbang tu tak kan mengeluh pun kalau korang terlebih berat sekalipun. Bertindak lambat adalah jauh lebih baik daripada tak buat apa kan? Ubah lah 'mind set' korang tu ya.