Kesilapan Ni Korang Suka Sangat Buat! Sebab Tu 'Susah' Dapat Kerja. Netizen Ni Kongsi Pengalamanya.
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kesilapan Ni Korang Suka Sangat Buat! Sebab Tu 'Susah' Dapat Kerja. Netizen Ni Kongsi Pengalamanya.

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 22, 2018
at 6:23 AM

Mohon dah nak dekat 10-20 tempat tapi satu pun tak call, padahal segala requirements kalau bolah 200% menepati apa yang majikan nak, ini memang dah lumrah terutamanya kepada para graduan muda. Apa yang kami boleh katakan jangan putus asa, sebab perkara ini memang dah jadi kebiasaan untuk masa kini. Bahkan ada yang sudah mencecah tahun menunggu peluang pekerjaan.

Namun begitu, boleh dikatakan 'satu dalam seribu' apabila graduan muda mendapatkan pekerjaan dengan begitu mudah. Tapi berdasarkan pengalaman kami sendiri tak semestinya majikan mahukan pekerja yang dah berpengalaman sahaja, masih banyak syarikat di luar sana mahukan graduan muda. Cuma ada berlaku 'kecacatan' dalam permohonan dan kelakukan mereka.

Bukan semua majikan menegur kesilapan secara terang-terangan mereka biasanya diam sahaja, sampai anda pun tertanya apa silap yang telah dilakukan. Mujur lah ada Muhammad Shalhadi yang sudi kongsikan apa silap yang dilakukan oleh calon-calon. Baca dan hadamkan supaya majikan tak abaikan permohonan!

 

MOHON KERJA TETAPI TAK DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA

Tengok apa yang penting. SKILLS, EMPLOYMENT HISTORY, EDUCATION and EXPECTED SALARY.

Ada calon tulis ruangan skills tu Microsoft Office seketul je

Fresh grad aku mohon sangat2 jangan letak gaji terlampau tinggi..jangan kau mintak MYR7500. Sama, majikan akan scroll macam fb je nanti.

Ubah “preferred work location” tu (kalau kau tiada halangan berkaitan lokasi kerja).

Ramai calon abaikan 300 characters pitch ni dan terus click “submit application” je. Ok takpe, hari ni aku kongsi cara senang untuk pitching. 

Contoh

Mohon kerja dengan majikan, jangan lupa mohon dengan Tuhan.