8 Jawapan 'Mantap' Masa Temuduga Ni, Buat Majikan Melopong! Sebab..
# Pengetahuan Interview

8 Jawapan 'Mantap' Masa Temuduga Ni, Buat Majikan Melopong! Sebab..

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 23, 2018
at 3:36 AM

Ada banyak jawapan yang boleh diberikan semasa temuduga.

Namun hanya sesetengah jawapan je yang mampu mengukir senyuman di muka recruiter dan memuaskan hati mereka untuk terima korang bekerja di syarikat mereka.

Ini beberapa jawapan yang boleh buat recruiter senyum samapai telinga! Baca ni.

1. Kenapa Anda Layak Untuk Mengisi Jawatan Ini?

JAWAPAN: 

Berdasarkan 'research' yang telah saya lakukan, syarikat ini merupakan platform terbaik untuk saya mengembangkan skill & kebolehan saya. Saya juga amat berminat untuk menyumbang sepenuhnya kedalam syarikat ini untuk membantu syarikat lebih membangun. Saya akan buat yang terbaik sekiranya saya diterima bekerja disini.

2. Kenapa Anda Berhenti Kerja Dulu?

JAWAPAN: 

Saya berhenti kerja kerana ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, dan ingin meningkatkan kemahiran di syarikat yang stabil seperti syarikat encik ini.

3. Dah Berapa Lama Menganggur, Kenapa?

JAWAPAN: 

Saya telah menganggur selama (Nyatakan Tempohmasa) tetapi saya isi kekosongan masa di rumah dengan menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti.. (beri contoh).

4. Boleh Bekerja 'Under Pressure?'

JAWAPAN: Saya boleh mengawal perasaan dan bertenang sekiranya menerima tekanan kerja. Saya juga berkebolehan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa (berikan contoh multitask yang korang boleh lakukan.. )

5. Apa Yang Anda Faham Tentang Kerja?

JAWAPAN: 

Pekerjaan adalah peluang dan ruang untuk seseorang meningkatkan kemajuan diri secara professional di samping dapat memantapkan skill hidup untuk mempunyai masa depan yang lebih gemilang.

6. Apa Yang Anda Faham Tentang Pengurusan?

JAWAPAN: 

Pengurusan adalah dimana seseorang melakukan kerja atau beban tugas yang diberikan dengan teratur, malah sekiranya bekerja dalam kumpulan dan terdapat permasalahan. Masalah itu haruslah diatasi bersama dengan cara yang paling berhemah. Tanpa perlu bertegang urat dan sebagainya.

7 . Anda Seorang 'colleague' Yang Prihatin?

JAWAPAN: 

Ya! saya seorang yang boleh dipercayai dan tidak akan membiarkan rakan sekerja saya dilanda kesusahan berseorangan. Saya kan membantu sedaya mampu untuk berkongsi masalah dengan rakan sekerja saya itu.

8. Apakah Yang Anda Paling Tak Suka Mengenai Rakan Sekerja?

JAWAPAN: 

Saya percaya tidak ada orang yang sempurna, setiap rakan sekerja pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan saya, jadi sekiranya terdapat sesuatu perkara yang saya tidak berkenan mengenai rakan sekerja saya, saya akan berjumpa dengan nya dan berbincang untuk menyelesaikan permasalahan antara kami tanpa melibatkan rakan kerja yang lain.