Peluang Kerja Syarikat 'Luxury Brand' Singapura! Hingga SGD 2,800 Sebulan, Siap Elaun Penempatan SGD 500 Lagi!
# Jenis Pekerjaan

Peluang Kerja Syarikat 'Luxury Brand' Singapura! Hingga SGD 2,800 Sebulan, Siap Elaun Penempatan SGD 500 Lagi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2019
at 10:18 AM

Dah lama teringin nak bekerja di luar negara tapi sampai sekarang pun masih belum ada peluang? Inilah satu-satunya peluang untuk anda merantau ke luar negara dan bekerja di Singapura! 

Sebuah syarikat jenama mewah di Singapura kini sedang buka kekosongan jawatan sebagai Senior Associate / Associate dengan pendapatan menarik sehingga SGD 2,800 sebulan! Kelayakan minimum STPM dengan pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang retail fesyen dialu-alukan untuk mohon.

Pelbagai manfaat turut disediakan yang pastinya akan buatkan korang tak sabar-sabar nak mohon kerja ni! Antara manfaat yang disediakan termasuklah komisyen jualan, insentif kluster tambahan, diskaun staf dan banyak lagi. Bukan tu je, elaun penempatan sebanyak SGD 500 pun akan diberikan tau!. Wah, beruntungnya kalau dapat kerja di sini! 

Jadi korang tunggu apa lagi? Lepas dah baca syarat kelayakan, cepat-cepat klik link yang diberikan untuk mohon tau!

 


 

Senior Associate / Associate

SGD 2,300 - SGD 2,800 Sebulan

 

Kelayakan / Tanggungjawab

  • Perlu membantu Pengurus Retail mengendalikan rutin operasi berkaitan retail dan memberikan sales support yang terbaik kepada pelanggan.
  • Min Diploma / Ijazah / STPM
  • Min 1 tahun pengalaman dalam bidang retail fesyen (jenama mewah adalah diutamakan)
  • Berpesonaliti terbuka dan mempunyai komunikasi interpersonal yang baik
  • Berpengalaman dalam memberikan servis retail kepada pelanggan yang arif
  • Mempunyai pengetahuan mendalam dan sentiasa mengikuti fesyen semasa
  • Mempunyai sikap yang sentiasa ingin belajar

 

Manfaat

  • Uniform disediakan
  • Komisyen jualan (individu dan pool commission)
  • Insentif kluster tambahan (jika mencapai sasaran kluster yang ditetapkan)
  • 10 hari cuti tahunan setiap tahun
  • Diskaun staf yang menarik seperti retail fesyen, penginapan hotel, kesihatan dan F&B
  • Perlindungan dari segi Group Hospitalisation, Outpatient Specialist, Outpatient Medical dan Wellness 
  • Program latihan

 

Lokasi Kerja

  • Salah Satu Jenama Mewah Singapura! (Elaun penempatan sebanyak SGD500 diberikan)

 


 

Bila lagi nak dapat peluang kerja di luar negara?

Kerja di Singapura tu! Siapa yang taknak?

Jangan risau, elaun penempatan pun diberikan.

Tak payah fikir dah, mohon je terus!