Minuman Baru Starbucks Malaysia Ala 'Cherry Blossoms' Dah Mula Dijual! Apa Rasanya?
# Trending Semasa

Minuman Baru Starbucks Malaysia Ala 'Cherry Blossoms' Dah Mula Dijual! Apa Rasanya?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 26, 2019
at 11:11 AM

Lepas baca artikel ni, mesti ramai yang akan mula serbu Starbucks sebab Starbucks ada memperkenalkan perisa minuman terbaru yang diinspirasikan oleh cherry blossoms sempena musim spring. Oleh itu, dua minuman terbaru iaitu Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino boleh didapati di Starbucks sejak semalam (26 Mac 2019) dengan harga bermula dari RM17.50 dan ke atas.
 

 

Sumber foto: FB Starbucks Malaysia

 

Apa Rasanya?

Azuki Blossom Crème Frappuccino

Minuman ini mengandungi creamy milk blended beserta ais dan kacang merah. Pada bahagian topping pula, ada whipped cream dan petals putih dan pink rice blossom serta tart cranberry.

 

Matcha Azuki Blossom Crème Frappuccino

Creamy, matcha dan kacang merah, diselaputi rice puff berwarna putih dan pink. Cranberry bits diletakkan di atas whipped cream dan kacang merah. Memang nampak sedap!

 


 

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang rasanya kan?

Kalau nak tahu, bolehlah beli di Starbucks nanti!