5 Gaya Pemakaian Ni Bakal Buatkan Interviewer Kurang Gemar Korang Masa Interview, Elakkan!
# Pengetahuan Interview

5 Gaya Pemakaian Ni Bakal Buatkan Interviewer Kurang Gemar Korang Masa Interview, Elakkan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 3, 2019
at 3:34 PM

Kepada pencari-pencari kerja yang dah berjaya dapatkan temuduga kerja, tahniah penulis ucapkan. Salah satu perkara yang amat penting yang korang kena tahu sebelum temuduga ialah macam mana nak bagi “first impression” yang baik. Jadi, korang kena berhati-hati supaya korang tidak salah mengenakan pakaian pada hari tersebut. Baca di bawah untuk mengetahui perkara yang tidak patut korang pakai untuk temuduga.

 

1. Jangan pakai pakaian yang terlampau kasual

Walaupun temuduga korang nanti akan dijalankan dalam suasana yang santai dan kasual, itu tidak membolehkan korang untuk memakai pakaian yang korang kenakan untuk pergi ke pantai ataupun parti. Jangan sesekali mengenakan selipar, seluar jeans koyak atau seluar pendek ke temuduga korang. Itu hanya akan menunjukkan yang korang langsung tidak ambil serius tentang temuduga dan kerja tersebut. Memakai pakaian yang sedikit kasual itu tidak apa tetapi janglah terlampau kasual sehingga boleh menyebabkan korang hilang peluang untuk mendapatkan kerja yang korang nak tu.

 

2. Jangan pakai warna cerah dan corak kuat

Seronok sangat kalau penemuduga ingat korang setelah selesai sesi temuduga tu tapi korang kenalah pastikan yang diorang ingat korang sebab perkara-perkara yang elok dan bukan disebabkan oleh pakaian korang yang menganggu perhatian tu. Jika perkara yang penemuduga dapat ingat tentang korang hanyalah bibir korang yang berwarna ungu ataupun tali leher korang yang bercorak itik tu kemungkinan besar diorang akan reject korang untuk posisi yang korang minta. Nah, penulis bagi tips sikit: warna yang selamat untuk korang pakai untuk pergi temuduga ialah warna kelabu, perang, navy, maroon dan warna-warna yang agak gelap.

 

3. Jangan pakai pakaian ketat dan terdedah

Jika korang fikir pakaian tu terlalu terdedah, pilih pakaian yang lain. Jika korang rasa baju tu terlampau ketat, ganti dengan baju lain. Sesetengah pakaian memang tidak elok untuk dipakai untuk temuduga dan pakaian yang terlampau ketat dan terdedah memang tidak elok dipakai. Sebelum pergi temuduga, pastikan korang pilih pakaian yang menampakkn diri korang sebagai seorang yang bergaya dan bersederhana.

 

4. Jangan pakai terlalu banyak perfume

Memakai minyak wangi memang lagi elok daripada tak pakai langsung tapi korang kena la pastikan yang korang tidak keterlaluan. Manalah tahu mungkin penemuduga tu ada alahan dengan bau yang kuat ke, nanti tak pasal-pasal korang kena suruh duduk jauh-jauh. Satu semburan je cukup, janganlah pakai satu botol tu.

 

5. Jangan pakai solekan berat

Walaupun ia memang penting untuk korang tampil yang terbaik pada hari temuduga tu tapi solekan yang berat tidak sesuai untuk pergi temuduga, ni bukan kenduri kahwin tau. Lebih baik kalau korang kekalkan penampilan korang yang natural tu dan kalau nak pakai make-up, pakai bedak dengan gincu je dah mengcukupi. Penemuduga lebih suka lihat penampilan korang yang fresh daripada muka yang penuh dengan make-up.

 

Artikel ditulis oleh Attilia Farhah.