[VIDEO] - Nak 'Resign?' Ini 5 Prosedur Yang Betul Korang Kena Ikut!
# Pengetahuan Pekerja

[VIDEO] - Nak 'Resign?' Ini 5 Prosedur Yang Betul Korang Kena Ikut!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 3, 2019
at 7:29 PM

Sama seperti hari pertama kita ditawarkan kerja, nak berhenti kerja pun perlu menjalani prosedur yang betul. Ramai pekerja yang kalau nak resign selalunya main chow macam tu je. Masa awal-awal nak masuk kerja elok je ikut prosedur, tapi kenapa bila nak resign tak boleh ikut prosedur yang betul, kan?

Jadi, apa prosedur yang betul kalau nak berhenti kerja ya? Apa cara yang betul seseorang pekerja tu perlu ambil tahu?

 

Tonton Video Selanjutnya Di Sini

 

 

Kenapa korang perlu meletakkan jawatan secara rasmi? 

1. Memudahkan penyerahan kerja
2. Memberi masa kepada syarikat untuk mencari pengganti
3. Menyelesaikan urusan tertunggak sekiranya terdapat masalah-masalah yang melibatkan syarikat

 

1. Buat surat perletakan jawatan

Dah ada plan nak berhenti kerja? Jadi perkara pertama yang korang perlu buat adalah perlu menyediakan surat rasmi perletakan jawatan beserta tarikh dan tanda tangan. Perlu tulis surat rasmi tau! 

 

2. Bincang bersama penyelia atasan

Bila dah serahkan surat kepada penyelia atasan, korang akan adakan perbincangan antara kedua-dua pihak. Selepas itu, barulah penyelia akan menghantar surat perletakan jawatan korang tu kepada HR beserta dengan komen dan nota perbincangan antara korang dan penyelia tadi tu.

 

3. Proses Urusan Di Jabatan Sumber Manusia

Selepas HR membaca surat perletakan jawatan korang tu, surat korang tu akan disemak. HR juga akan mempertimbangkan komen dan cadangan daripada penyelia korang tu. Masa ni juga, HR akan mengesahkan surat korang tu tak melanggar sebarang kontrak.

 

4. Kelulusan perletakan jawatan dari Jabatan Sumber Manusia

Setelah surat korang tu mendapat kelulusan daripada penyelia atasan, HR akan mengeluarkan surat penerimaan perletakan jawatan. Di sini akan ada pengesahan tarikh lahir bekerja. Korang dikehendaki untuk menjalani tempoh notis, servis notis atau ganti notis. 

 

5. Meninggalkan Tempat Kerja

Sebelum tarikh akhir bekerja, korang perlu menyerahkan kerja-kerja korang tu kepada orang yang sepatutnya. Ingat, jangan susahkan orang lain tau. Korang juga mempunyai pilihan untuk menghabiskan baki cuti. Tetapi ini tertakluk kepada syarikat juga ya!