Macam Mana Nak Pakai Aircond Tapi Bil Tak Melambung Tinggi? Ini Yang Korang Kena 'Check!'
# Gaya Hidup

Macam Mana Nak Pakai Aircond Tapi Bil Tak Melambung Tinggi? Ini Yang Korang Kena 'Check!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 1, 2022
at 9:35 AM

Zaman sekarang ni, dalam setiap rumah mesti ada dipasangkan penghawa dingin atau aircond kan? Lebih-lebih lagi pada cuaca yang tak menentu seperti sekarang ni, sekejap sejuk, sekejap panas membahang. Jadi memang aircond boleh dikatakan perlu ada dalam setiap rumah bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Tapi apa yang memeningkan adalah bil elektrik yang semestinya mahal berbanding penggunaan elektrik biasa. Itu yang pening kepala tu! Haih, macam mana nak pakai aircond tanpa perlu bayar bil elektrik yang melambung tinggi?

 

1. Pastikan Suis Utama Aircond Ditutup

Ni mesti ramai yang tak buat, kan? Mungkin korang tak sedar sebenarnya kalau tutup suis utama, korang boleh jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah tau. Jadi lepas ni jangan tutup aircond pada suis je, tutup sekali suis utama!

 

2. Tetapkan Mode 'Dry'

Pastikan suhu ditetapkan pada 24°C ataupun lebih tinggi kerana ini adalah dikatakan suhu yang selesa. Jika suhu kurang daripada 24°C, kompresor aircond akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Namun, jika disetkan pada 24°C, kompresor akan berhenti apabila telah mencapai suhu bilik. Bila kompresor tak digunakan, di sinilah korang boleh jimat elektrik!

 

3. Set Mode Sleep

Ini pun salah satu cara yang korang boleh buat kerana aircond akan tertutup secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik berasa sejuk.  

 

4. Gunakan Kipas

Antara trick lain adalah dengan menggunakan penyaman udara bersama kipas. Maknanya, buka kipas dan jangan lupa buka sekali pintu atau tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik. Selepas tu barulah korang tutup pintu atau tingkap dan guna aircond seperti biasa. 

 

5. Beli Aircond Dengan Logo Energy Star

Tahu tak, penggunaan aircond yang telah pun berusia lebih 10 tahun sebenarnya salah satu punca kenapa bil elektrik melambung? Ini kerana aircond yang telah lama sukar untuk berfungsi dengan baik tetapi lebih banyak elektrik digunakan. Aircond yang mempunyai logo Energy Star ini menunjukkan yang barang elektrik itu lebih menjimatkan.