Selain Kopi, 4 Bahan Ni Boleh Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta, Tak Mahal Langsung!
# Gaya Hidup

Selain Kopi, 4 Bahan Ni Boleh Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta, Tak Mahal Langsung!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 8, 2019
at 3:17 PM

Hmm susahnya nak hilangkan bau yang ada dalam kereta. Tak kisahlah sama ada bau asap rokok ke, bau durian, bau hapak, bau kepam atau sebagainya. Dah bermacam-macam cara buat, pelbagai jenis pewangi dah gunakan. Tapi bau masih melekat pada kereta. Ish, peningnya!

Sebenarnya, guna pewangi kereta je tak cukup tau. Nanti bau bercampur aduk, lagi pening! Apa kata korang guna cara ni? Mesti ramai yang tahu kopi boleh hilangkan bau hapak atau kepam dalam kereta kan? Tapi 4 bahan ni mungkin korang jarang dengar dikongsikan tapi sebenarnya boleh bantu hilangkan bau kurang enak dalam kereta tau. Yang penting, tak mahal pun!

 

1. Daun Pandan

Keratkan 2 ke 3 helai daun pandan dan ikat. Letakkan di bawah tempat duduk atau mana-mana ruang dalam kereta. Boleh juga kalau nak hiriskan secara halus dan kemudian balutkan dengan kain berlubang. Lepastu gantunglah dalam kereta!

 

2. Arang

Antara cara nak hilangkan bau dalam kereta adalah dengan mengambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Boleh juga bungkus seperti yang dibuat oleh daun pandan tadi, kemudian letakkan pada bahagian yang mempunyai bau kuat. 

 

3. Lemon / Limau Kasturi

Katakan ada muntah yang tertumpah pada kerusi atau mana-mana bahagian pada kereta, perahkan je terus pada bahagian yang ada kotoran tu. Biarkan sekejap, kemudian baru bilas. Selain tu, korang juga boleh jadikan jus lemon atau limau kasturi sebagai pewangi semulajadi. Perahkan pati lemon dengan sedikit air dan campurkan sedikit cuka sebab ia berfungsi untuk melawan kulat dan bau hapak. Lepas tu, spray je macam biasa.