Edisi pertama #MAUSEMBANG kali kami temu bual secara eksklusif dengan seorang graduan luar Negara yang berkongsi saat perit getir tempuhi zaman lepas graduasi yang gelap. Pernah hampir 10 company reject permohonan kerjanya tetapi itu bukan penghalang untuk dirinya tidak berjaya dalam landasan kerjaya yang berbeza. Kisah inspirasi ini dikongsi untuk anda semua. Ketika team kami melangkah masuk ke pejabat Azhari Rosli atau lebih senang di sapa Ayie ternyata terpancar nilai kegigihan pada raut wajahnya. Siapa sangka jejaka yang berusia 26 tahun ini miliki 3 tingkat pusat operasi minyak wangi miliknya sendiri. Ketika kami bertanya kepada Ayie mengenai latar belakang pendidikannya. Siapa sangka dengan usia yang masih hijau dia merupakan seorang graduan kelulusan Masters dari University of Bristol, United Kingdom.







