Tipulah kalau korang tak pernah dengar kawan atau rakan sekerja korang mengeluh atau mengadu mengenai pekerjaan yang mereka lakukan. Aduan mereka menampakkan yang mereka sememangnya 'terpaksa' melakukan pekerjaan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
![[Fresh Grad] 5 Penyebab 'Terjebak' Dalam Pekerjan Yang Tak Diingini](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2019/08/20190814115133-big.png)

by Ehsan
Tipulah kalau korang tak pernah dengar kawan atau rakan sekerja korang mengeluh atau mengadu mengenai pekerjaan yang mereka lakukan. Aduan mereka menampakkan yang mereka sememangnya 'terpaksa' melakukan pekerjaan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Kerana 'terpaksa', seseorang itu akan melakukan pekerjaan tanpa keikhlasan dan kerelaan, maka mutu kerja mereka menjadi kurang memberangsangkan. Perkara ini berlaku kepada mereka yang tidak dapat memilih pekerjaan yang mereka inginkan. Mereka bekerja atas dasar tiada pilihan lain dek kerana persaingan di luar sana cukup mencabar. Lambakan 'fresh grads' saban tahun menjadikan situasi ini cukup 'competitive'.
Ini dia 5 sebab fresh grads terjebak dalam pekerjaan yang tak diingini:
1. Buntu Hala Tuju Diri

Gambaran yang kurang jelas mengenai masa hadapan disebabkan oleh kurangnya informsi atau pengetahuan. Perkara ini telah menyukarkan korang untuk menetapkan matlamat dan hala tuju diri dan apabila tidak mengenali apakah kemampuan serta potensi diri dengan baik. Perkara ini telah menyebabkan korang menerima sebarang bentuk pekerjaan atas dasar kerja, duit dan akhirnya menyesal.
2. Jurusan Tak Sesuai

Bidang yang korang belajar semasa di universiti tidak sama kemahirannya dengan pekerjaan yang korang lakukan sekarang. Perkara ini telah menyebabkan korang stres apabila tidak dapat bekerja dalam bidang yang dipelajari semasa di institusi-institusi pendidikan. Korang semakin tertekan apabila pekerjaan itu memerlukan korang untuk cepat belajar dan memahami semua skop tugasan, apabila kurang mahir, hasil kerja menjadi rendah.
Ada juga yang mula menyesal apabila ada yang merasakan jurusan yang mereka belajar semasa di universiti tidak sesuai dengan diri dan tidak memenuhi pasaran kerja hari ini dan pelbagai lagi.
3. Sikap Suka Mencuba dan Cabar Diri

Sikap suka mencuba dan mencabar diri tidak salah tetapi tahukah anda bekerja dengan sesuatu diluar kemahiran yang korang pelajari dulu boleh menyebabkan korang berasa bosan dan boleh menjadikan ia tidak sesuai dengan personaliti diri. Selain itu, anda juga perlu memakan sedikit masa untuk memahirkan sesuatu bidang tugasan yang sememangnya bukan dari bidang korang. Adakalanya perkara ini memenatkan dan korang boleh 'give up'.
4. Terdesak dan Kesempitan Hidup

Perkara ini kadang kala membuatkan anda tiada jalan lain, iaitu dengan menerima sahaja tawaran kerja tanpa berfikir panjang. Apa-apa sahaja pekerjaan yang membolehkan anda mendapatkan gaji supaya kembali stabil tetapi apabila kesempitan hidup ini semakin berkurangan, mula timbul rasa tidak suka dengan pekerjaan dan merasa terbeban. Ketika menerima sesuatu tawaran pekerjaan, ingat untuk semak surat tawaran sebelum menurunkan tandatangan korang!.
5. Persepsi Orang Ramai

Sebagai 'fresh grads', impian untuk terus bekerja setelah tamat pengajian menjadi impian semua orang. Menganggur terlalu lama, semangat semakin merundum dan bersedia untuk bekerja dalam apa jua bidang pekerjaan. Persepsi semakin ramai 'fresh grads' menganggur terngiang-ngiang di dalam benak fikiran sehingga terburu-buru membuat keputusan untuk bekerja. Rileks, setiap orang ada perjalanan masing-masing cuma korang perlu bijak menggunakan ruang dan peluang yang ada!.