Follow 10 Tips Buat Korang Tampil Lebih 'Confident' Daripada Sebelumnya!
# Gaya Hidup

Follow 10 Tips Buat Korang Tampil Lebih 'Confident' Daripada Sebelumnya!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 15, 2019
at 9:25 AM

Berapa kerap korang fikir yang korang akan menjalani kehidupan yang lebih baik sekiranya korang berkeyakinan? Tidak semua orang dilahirkan dengan penuh keyakinan, tetapi ia boleh dipupuk dan dibangunkan.

Keyakinan diri adalah kualiti yang sangat penting, oleh itu ini dia 10 tips untuk korang 'follow' supaya tampak lebih berkeyakinan.

1. Belajar menerima pujian -  Cara terbaik untuk bertindak balas terhadap pujian adalah dengan senyuman  dan berkata, "Terima kasih." Jangan menganggap bahawa seseorang cuba mengagungkan, cubalah untuk percaya bahawa beberapa sifat korang mungkin kelihatan menarik kepada orang lain.

2. Jangan cuba menjadi 'perfect' - Apabila korang menetapkan matlamat tak dapat dicapai, korang mula bimbang. Orang yang berjaya juga membuat kesilapan dan menyesali beberapa keputusan yang mereka buat. Tetapi mereka melihat pelajaran dalam semua situasi ini dan dapat belajar untuk tambah baik. 

3. Cuba buat 'eye-contact' masa tengah berbual dengan seseorang - Apabila tiada 'eye-contact' korang nampak tak yakin. Oleh itu, mengekalkan 'eye-contact' dengan orang akan membantu memenangi kepercayaan mereka dan meyakinkan mereka bahawa korang peduli.

4. Ubah cara jalan dan tidak terlalu tunduk bawah - keep your head raised, keep your back straight, and look up, instead of down!

5. Buang pemikiran negatif - Sentiasa fikirkan saat-saat manis korang supaya semua benda negatif hilang.

6. Sentiasa percaya kepada kebolehan diri - Buang perasaan terlalu tidak mempercayai diri dan start self-love!

7. Catatkan pencapaian - Keyakinan akan bertambah jika korang melihat kejayaan.

8. Berikan pertolongan - Korang akan menghilangkan perasaan keseorangan dan tertekan

9. Mulakan perbualan - Mungkin tidak berkesan kepada setiap orang tapi ia langkah menjadikan anda lebih berani.

10. Jangan bazirkan terlalu banyak masa di media sosial -  Elakkan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, unfollow negative and follow positive vibes sekarang!