Ini 10 Perkara 'Turn Off' Calon Jangan Buat Masa IV, Wajib Baca!
# Pengetahuan Interview

Ini 10 Perkara 'Turn Off' Calon Jangan Buat Masa IV, Wajib Baca!

post by Ehsan

by Ehsan

Dec 5, 2021
at 6:57 AM

Tiada sesiapa yang sempurna. Tetapi anda boleh menjadi lebih berhati-hati ketika dalam temuduga/IV untuk memohon sesuatu pekerjaan. Menjawab atau mengatakan sesuatu yang tidak perlu, berlebihan atau tidak profesional mungkin boleh menyebabkan anda tidak layak untuk pekerjaan tersebut dan di 'disqualify on the spot'. 

Berikut 11 perkara yang boleh secara automatik membatalkan kelayakan anda semasa 'interview' melainkan jika anda benar-benar bernasib baik.

1. Apakah yang dilakukan atau bentuk perniagaan syarikat ini?

- tidak bersedia, tiada inisiatif untuk membuat kajian.

2. Encik/Cik sudah berkahwin? Mengandung ke? atau lain-lain bentuk pertanyaan privasi.

- Jangan pernah bertanya kepada penemuduga apa-apa soalan peribadi - atau apa-apa yang boleh menyinggung perasaan.

3. Kata-kata kesat, carutan.

- tahan diri daripada mengeluarkan kata-kata seperti bodoh, alamak, tak tahu dan lain-lain yang dianggap tidak sedap didengar. 

4. 'Saya perlukan pekerjaan ini'

- jangan nampak terlalu 'desperate' terdesak sehinggakan anda nampak seperti mengemis.

5. Apa-apa bentuk rasis, lucah, menyinggung

- Temuduga kerja bukanlah tempat untuk memecahkan pendapat kontroversi atau rasa humor anda. Mengelak dari topik yang boleh membuat penemuduga anda tidak selesa.

6. Apa-apa perkara yang menunjukkan organisasi tersebut bukan pilihan utama anda

- Jangan pernah sesekali membandingkan atau melebihkan organisasi lain ketika 'interview'. Ini menampakkan anda tidak serius untuk berada di bawah organisasi yang dipohon.

7. Sebarang bentuk yang dianggap ugutan

- Walaupun bergurau, elakkan terlalu agresif dan tidak sopan, seperti 'Lebih baik encik/cik beri kerja ini kepada saya atau...'

8. Menipu 'interviewer' 

- Jangan berbohong. Dalam hal 'interview' untuk pekerjaan, kejujuran polisi penting. 

9. Ajak keluar makan, lepak atau apa-apa yang tiada kaitan dengan pekerjaan yang dimohon

- Jangan mengurat atau menggatal perkara-perkara tidak perlu. 

10. Saya 'interview' untuk pekerjaan atau jawatan apa ye?

- Jangan nampak terlalu keliru atau tidak tahu, buat kajian atau benar-benar keliru selepas mendengar penjelasan, anda boleh bertanya kepada penemuduga. 

11. Terlalu yakin dan layak untuk jawatan tersebut

- Berkeyakinan sangat digalakkan tetapi tidak melampau sehingga anda terlalu mengagungkan diri anda dan tidak menjawab soalan penemuduga.