Beli Rumah Guna KWSP - Semak Kelayakan, Jenis Pengeluaran & Dokumen Diperlukan Di Sini!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Beli Rumah Guna KWSP - Semak Kelayakan, Jenis Pengeluaran & Dokumen Diperlukan Di Sini!

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 15, 2019
at 10:18 AM

Buat korang yang was-was boleh ke beli rumah guna KWSP? Terutamanya buat mereka yang baru berkahwin atau berpendapatan sederhana yang nak buat downpayment rumah kan kadang-kadang tak cukup. Jangan risau, jawapannya boleh! Ini cara-caranya min ajarkan:

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara.

  • Berumur bawah 55 tahun.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.

  • Membeli rumah kediaman.

  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri.

  • Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan. 

    Jenis Pengeluaran 

    Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

    Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen. 

  • Borang KWSP 3 (Pindaan) - untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal.

  • MyKad.

  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan. (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)

  • Surat Perjanjian Jual Beli - tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan.

  • Dokumen pinjaman bank.

    Tidak Layak Memohon

    Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.

  • Untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.

  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.

  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraft.

  • Untuk membeli rumah ketiga.

  • Membeli rumah di luar negara.

    Sumber: KWSP