Inspirasi Kreatif - Deko Rumah Korang Serendah RM2 Je, Memang 'Style' Habis!
# Gaya Hidup

Inspirasi Kreatif - Deko Rumah Korang Serendah RM2 Je, Memang 'Style' Habis!

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 15, 2019
at 5:08 PM

Siapa kata kena keluar belanja banyak untuk cantikkan rumah? Dengan bajet tak sampai RM100, guna barang-barang yang ada dijual dalam kedai RM2 pun rumah boleh nampak wow! Kalau dah kreatif, macam-macam boleh guna untuk menghiaskan? Ini adalah antara idea dekorasi menggunakan barang RM2 yang boleh korang jadikan inspirasi. Lepas baca artikel ni, dah boleh mula shopping dan hias terus, tak payah tunggu nak cukup bajet!

1. 'Rak' kreatif untuk menghidupkan dinding rumah

2. Rak mainan anak-anak menggunakan bakul RM2 yang di'adjust'

3. Trolley bergerak DIY,  senang nak angkut barang-barang/bahan memasak yang nak diguna, tak adalah lenguh kaki berpusing-pusing kat dapur.

4. Buat dulang hantaran bajet

5. Rak baju tak sampai RM50! Nak ambil pun senang.

6. Lampu dinding, kalau terjumpa warna putih, dah macam deko English. 

7. Beli pengelap kaki RM2 ni banyak-banyak + kapas / gabus bantal untuk buat bantal-bantal cun macam ni!

8. Sticker untuk peti sejuk

9. Pengelap kaki besar hasil kreativiti sendiri

10. Siapa kata guna barang RM2 tak boleh dapat 'efek' elegan?

11. Nak hias toilet supaya nampak bernyawa guna barang RM2? Tak mustahil pun.

12. Sticker pada tingkap. Elok juga, tak adalah 'see through' sangat daripada luar. 

13. Lagi kreatif? Gunakan material pengelap kaki untuk buat selipar dalam rumah aka comfy ni.

14. Letak segala perencah / rempah dalam frame gaya Victorian ni. Style kan? 

15. Guna batang paip + mentol + bekas macam ni je dah jadi lampu meja yang tak ubah macam produk IKEA

(Tips: Korang boleh buat apa-apa design lampu guna shape batang paip yang berbeza-beza ikut kreativiti!)

 

Sumber:  Idea Deko Bajet