Yang Sakit Kepala Tapi Takut Makan Ubat,Cuba Tekap Jari Pada 6 Spot Ini
# Gaya Hidup

Yang Sakit Kepala Tapi Takut Makan Ubat,Cuba Tekap Jari Pada 6 Spot Ini

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 16, 2020
at 5:29 PM

Kadang-kadang rasa sakit kepala ni boleh serang kita bila-bila masa, mungkin sewaktu kita sedang sibuk bekerja atau kawasan terbuka. Kalau boleh jangan bergantung harap pada ubat sahaja kerana mungkin boleh memudaratkan kita jika terlalu kerap ambil

Jangan sampai ke satu tahap, kita tak dapat nak kawal sakit kepala bila ubat tiada di tangan kita, jadi cuba latih diri untuk lakukan cara rawatan ini dahulu untuk melegakan sakit kepala korang tu. Mungkin dalam masa 10 - 15 minit sakit kepala boleh hilang.

Caranya Tekap Dengan Menggunakan Jari Dekat Bahagian Titik Merah Bawah Ni, Gerak-Gerakkan Jari Bila Tekap

Gais, untuk korang yang selalu sakit kepala, aku nak share sikit cara legakan sakit/pening without makan ubat. Semalam kepala aku pening betui kat bahagian kening (sebab masalah rabun aku kot), bila aku try buat taktik ni alhamdulillah after 10-15 minutes pening dah kurang.

Ok lemme start, first pastikan badan korang dalam keadaan selesa. Cara-caranya tekap dengan menggunakan jari dekat bahagian titik merah bawah ni. Gerak-gerakkan sikit jari bila tekap tu. Urutan ni takde ambik masa lama pun. Antara 30 saat - 1 minit.

1. Yintang Point

Titik mata ketiga atau Yintang terletak di titik pertengahan antara hidung dan dahi. Titik urutan ni dapat menghilangkan keletihan pada mata

2. Zan Zhu Points

Urutan pada titik ni dapat mengurangkan masalah selsema & dapat meningkatkan ketajaman penglihatan. Urut selama seminit kat bahagian ni. (ni paling berkesan untuk aku tadi, ni kena buat guna dua jari dalam satu masa)

3. Yingxiang Points

Urutan kat bahagian ni pulak dapat mengurangkan sakit kepala, sakit gigi & menghilangkan stress. (ni pun kena buat guna dua jari dalam satu masa)

4. Tian Zhu Points

Urutan pada bahagian ni dapat meredakan hidung tersumbat, sakit di bahagian mata & telinga dan jugak migraine.

5. Shuai Gu Points

Titik ni terletak 2-3 cm dari arah garis rambut. Picit bahagian lesung pipi untuk jumpa bahagian ni. Urutan pada titik bahagian ni dapat menghilangkan keletihan mata.

6. He Gu Points

Titik semetri ni terletak di bahagian belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Urutan pada bahagian ni dapat mengurangkan rasa sakit punggung, sakit gigi, dan ketegangan pada otot leher 

P/s; kalau boleh suruh orang buatkan, kalau sendiri buat tak best hahahah