5 Barang Unik Yang Wujud Di Jepun Ni Tarik Perhatian Netizen, Tak Terfikir Langsung!
# Gaya Hidup

5 Barang Unik Yang Wujud Di Jepun Ni Tarik Perhatian Netizen, Tak Terfikir Langsung!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 28, 2020
at 4:30 PM

Jepun ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik,di sebelah timur Laut Jepun dan berjiran dengan Republik Rakyat China,Korea dan Rusia. Seperti yang kita ketahui, negara Jepun merupakan negara yang bersih serta mempunyai pembangunan dan teknologi yang maju berbanding negara-negara lain. Tetapi seiring dengan kemajuan yang diperolehi, negara Jepun juga tidak terkecuali dari menghasilkan barang-barang yang unik dan pelik.

Terdapat banyak barang-barang pelik tetapi kreatif yang dihasilkan di negara Jepun. Mungkin anda tidak pernah terfikir tentang kewujudan barang-barang ini dan bagaimana orang di sana boleh terfikir untuk mrnghasilkan barang-barang ini. Agak-agak apa ye?

 

1. Peti Sejuk Bergerak

 

Peti sejuk ini sangat sesuai untuk orang yang malas pergi ke dapur untuk mengambil barang di dalam peti sejuk. Peti sejuk ini boleh mengecam suara anda dan terus menuju kepada anda apabila anda memanggilnya. Peti sejuk ini disertakan dengan sistem sonar dan camera jadi kebarangkalian untuk peti sejuk ini melanggar perabot di rumah anda amatlah rendah.

 

2. ‘Karaoke Microphone’ Dengar Sendiri

 

Bagi anda yang malu untuk menyanyi depan rakan -rakan anda, barang ini sangat sesuai untuk anda kerana hanya anda sendiri yang akan mendengar suara anda. Jadi kini anda tidak perlu risau untuk menyanyi walaupun suara anda sumbang. Jangan ada yang bawa masuk bilik air pula ya!

 

3. Tetikus Komputer

 

Tetikus ini sangat memudahkan anda kerana anda hanya perlu menyarungkan sarung tangan ini dan dapat menggunakan tetikus seperti biasa. Anda hanya perlu menggerakkan jari telunjuk anda sahaja. Tetikus ini mungkin berguna untuk pemain permainan komputer.

 

4. Helmet Untuk Rambut Panjang

 

Helmet ini sangat sesuai dipakai perempuan yang ingin menjaga rambut mereka daripada kusut ditiup angin. Bagi lelaki yang berambut panjang juga kini anda tidak perlu risau lagi apabila hendak bersiar-siar menggunakan motor.

 

5. 'Wrapper' Bergambar Mulut

 

Bagi perempuan yang hendak ‘cover ayu’ ketika pertama kali keluar berjanji temu kami menyarankan anda untuk membeli wrapper ini. Jadi anda tidak perlu risau membuka mulut seluasnya ketika makan burger depan teman lelaki anda. Hehe