Tak Nak Nampak Gugup Masa Interview? Kami Ajarkan Cara Untuk 'Break The Ice' Dengan Interviewer!
# Pengetahuan Interview

Tak Nak Nampak Gugup Masa Interview? Kami Ajarkan Cara Untuk 'Break The Ice' Dengan Interviewer!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 10, 2020
at 3:12 PM

Pergilah dengar mana-mana tips interview sekalipun, pasti perkara yang wajib ditekankan adalah first impression. Mengapa first impression tu penting? Bukankah kelayakan dan pengalaman yang sebenarnya dicari oleh recruiter?

Salah tu. Cara kita membawa diri kita semasa waktu temuduga adalah salah satu kriteria yang turut diambil kira oleh recruiter. Dari situlah recruiter dapat 'baca' personaliti yang ada di sebalik seseorang calon itu. Sebab itulah calon sering dinasihatkan supaya sentiasa bersedia sebelum menghadirkan diri ke sebarang temuduga! 

Tapi bagaimana pula cara yang betul untuk memulakan sebarang perbualan dengan interviewer semasa temuduga? Eh, perlu ke berbual dengan interviewer? 

Haa, jangan salah faham. Berbual yang dimaksudkan di sini bukanlah berborak macam kita borak dengan kawan-kawan kita di kedai mamak tu. Berbual di sini maknanya 'pemanis mulut' sebelum memulakan temuduga.

 

#1 Tanya khabar

Tak salah untuk korang tanya khabar interviewer masa temuduga tu. Cuba korang bayangkan, korang lagi suka masuk bilik t dan anya senyap sambil tersengih-sengih tak tahu nak buat apa ataupun cuba mencari topik untuk berbual? Tak payah berjela-jela pun, cukup tanya soalan simple bagi memecah kesunyian. Korang pun boleh kurangkan rasa gugup tu kan.

 

#2 Kaitkan topik dengan keadaan semasa

Contohnya macam sekarang ni kan musim hujan. Korang cubalah buat topik daripada situasi ni. ''Tadi nampak macam mendung je. Saya mula-mula nak datang naik motor je, tapi bila tengok cuaca gelap semacam, terus tak jadi dan saya bawak kereta je datang sini.''

 



 

#3 Perhatikan sekeliling bilik temuduga, cuba bina topik daripada situ

Macam dalam video yang ditunjukkan, itu merupakan contoh yang interviewer tersebut meminati Marvel. Haa masa ni lah korang nak create conversation dengan interviewer tu! 

 

Tapi apa-apapun, ia bergantung kepada situasi jugak. Kalau korang menghadiri temuduga yang betul-betul formal (bergantung kepada jawatan atau lokasi), mungkin tips ini agak kurang sesuai untuk diaplikasikan. Namun, tips break the ice sebenarnya sangat penting dan berguna kalau korang nak tahu character seseorang interviewer itu. Daripada cara dia respons, kita boleh agak ''Oh, interviewer ni agak strict. Aku kena jawab soalan dia dengan padat dan tak meleret-leret.'' 

 

Tonton Video Tips: 3 Pembuka Bicara Semasa Temuduga