Ambil Tahu 14 Etika Pemakaian Ini Sebelum Pergi Interview, Ramai Yang Buat Silap!
# Pengetahuan Pekerja

Ambil Tahu 14 Etika Pemakaian Ini Sebelum Pergi Interview, Ramai Yang Buat Silap!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 21, 2020
at 10:32 AM

Pagi-pagi sebelum pergi kerja atau nak keluar berjalan-jalan, korang mesti fikir nak pakai baju apa kan. Bila bercakap tentang etika pemakaian, mesti korang anggap benda ni remeh betul tak? 

Penting untuk korang tahu sebenarnya menjaga penampilan diri mempengaruhi pandangan orang lain terhadap diri korang. Kalau kita tengok kebanyakan syarikat di Malaysia mementingkan kod formal tetapi ada juga yang kasual.

Dress up macam mana pun, korang mesti nak nampak kemas dan bergaya kan. Jom admin tolong korang dengan mengetahui 14 dressing rules ini. 

 

1. Butang bahagian tengah kod. Butang atas tergantung kepada mood, manakala bahagian bawah tak perlu butang.

 

 

2. Jangan buka butang baju lebih daripada 2 sekiranya pakai shirt atau blouse.

 

3. Pakai anting-anting sesuai dengan gelang atau rantai yang dapat dipandankan dengan cincin. 3 hingga 4 aksesori dalam satu gaya adalah terlalu sarat.

 

4. Pemakaian tali leher seharusnya kena pada aras pinggang dan tidak terlalu melebihinya.

 

5. Elakkan memakai miniskirt dan pakaian yang menampakkan lurah dada pada satu masa yang sama.

 

6. Jangan pakai tali leher kalau tidak memakai kot.

 

7. Baju berlurah tidak melebihi 4" dari tulang kolar.

 

8. Kalau 'tuck-in' kemeja, kena pakai tali pinggang.

 

9. Tertib pakai 'cardigan'.

 

10. Digalakkan memakai tali pinggang sama warna dengan kasut.

 

11. Tanggalkan tag yang tak patut pada baju.

 

12. Jangan pakai baju bercorak terlalu banyak. 2 corak berbeza sama warna atau 2 corak selari yang berbeza saiz. 

 

13. Stoking panjang.

 

14. 'Blouse' ke pejabat tanpa lengan seharusnya menutupi bahagian bahu.