‘This Is Malaysia’ Raikan Kecantikan Budaya Malaysia - Filem Pendek Joseph Gordon-Levitt
# Trending Semasa

‘This Is Malaysia’ Raikan Kecantikan Budaya Malaysia - Filem Pendek Joseph Gordon-Levitt

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 8, 2020
at 2:22 AM

Siapa yang tak kenal pelakon terkenal, Joseph Gordon-Levitt yang baru-baru ini tular meminta rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pembikinan video yang akan dibuatnya.

Terbaharu, setelah menghabiskan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan projek ini, akhirnya filem pendek ‘This is Malaysia’ hasil kerja Joseph Gordon-Levitt bersama-sama dengan hitRECord kini sudah boleh ditonton.

klik gambar untuk video

 

“Bangga untuk berkongsi‘ This is Malaysia ’, filem pendek yang kami hasilkan secara kolaboratif bersama hitRECord! Terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam projek ini,” katanya di laman Facebook.

Video itu mempamerkan sisi keindahan negara Malaysia. Kebanyakan netizen tampil memuji hasil video tersebut. Mereka gembira apabila kecantikan Malaysia diserlahkan oleh salah satu bintang terbesar di dunia.