

by Haziqah Muhamad

Kalau anda perasan, kebanyakan laptop yang digunakan untuk bermain game atau kerja-kerja penyuntingan video adalah jauh lebih mahal dan berat betul tak? Ini kerana ia dilengkapi dengan chipset berprestasi tinggi. Sementara kebanyakan laptop yang digunakan untuk kegunaan biasa di pejabat adalah lebih ringan dan nipis.

Bagaimanapun, Huawei kini tampil selangkah kehadapan dengan memperkenalkan komputer riba ultra-mudah-alih pertama dilengkapi dengan chipset beprestasi tinggi setanding apa yang digunakan untuk gaming laptop. Malah, ia juga didatangkan bersama AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor dan 16gb RAM! Hebat!
Sekarang anda tak perlu risau dah bila perlu berhadapan dengan kerja yang melibatkan gambar, video berskala besar, lukisan kejuruteraan mahupun permainan video 4A. Semuanya akan lebih lancar dengan HUAWEI The MateBook 14.
Ohh markah bonus! Sebab ia juga mempunyai dua kipas HUAWEI Shark Fin, ia merupakan sistem peleraian haba yang pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi bising yang boleh mengganggu fokus anda ketika bekerja. Fuhh dahsyat betul!

HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya laptop seumpamanya yang mempunyai skrin sentuh penuh beresolusi 2K. Tak kisahlah sama ada anda menggunakan ia untuk menyunting gambar atau hanya menonton filem, semua ni akan jadi lebih jelas dengan resolusi paparan 2K FullView.
HUAWEI MateBook 14 juga membolehkan lebih banyak teks dipaparkan apabila anda menggunakan perisian pejabat dengan aspek nisbah 3:2. Selain itu, skrin HUAWEI MateBook 14 telah diiktiraf selamat oleh TÜV Rheinland kerana kebolehannya untuk mengurangkan bahaya blue light bagi melindungi mata anda.

Pernah tak anda sibuk sangat bekerja sampai tak perasan ada panggilan penting masuk ke telefon? Haa workaholics mesti selalu macam ini kan? Tapi sekarang dengan aplikasi Huawei Share anda boleh jawab panggilan secara langsung daripada laptop tanpa memerlukan sebarang kabel. Malah, anda juga boleh mengemas kini semua jenis fail dalam telefon pintar anda melalui laptop. Weh cool kan!

Siapa lagi yang rasa renyah bila kena masukkan kata laluan setiap kali nak hidupkan laptop? Dengan HUAWEI MateBook 14 semua itu sudah tidak diperlukan lagi! Sebab ia dilengkapi dengan pegimbas cap jari pada butang ‘Power’nya. Lebih cepat dan mudah!

Pengecas poket HUAWEI MateBook 14 betul-betul boleh dimuatkan dalam poket anda tau! Kecil dan mudah di bawa kesana-sini. Paling best pengecas ini juga boleh digunakan untuk peranti Huawei yang lain seperti tablet dan telefon pintar. Tak payah dah korang nak sumbat banyak-banyak kabel dalam beg lepas ni.

Mahukan laptop yang cantik atau ada spesifikasi hebat? Dengan HUAWEI MateBook 14 anda boleh dapat kedua-duanya sekali! Sebab ianya direka secara minimalis dengan perincian yang sempurna. Hadir dalam warna Space Grey, ia juga dilengkapi dengan badan yang diperbuat daripada aluminium berketahanan tinggi yang tahan lasak.
Spesifikasi saiz
-1.49 Kg (berat)
-14 inci (lebar)
-15.9mm (tebal)
Macamana, puas hati tak dengan spesifikasi HUAWEI MateBook 14 yang sangat berkuasa ini ni? Memang inilah laptop yang anda perlukan. Harga murah, spesifikasi mantap. Tak ada alasan dah kenapa HUAWEI MateBook 14 bukan pilihan yang unggul.