4 Senaman Ringkas Kempiskan Perut
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 Senaman Ringkas Kempiskan Perut

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 7, 2020
at 5:29 PM

Pada masa sekarang ini, nak keluar bersenam pun mungkin ramai yang masih takut. Tapi kesihatan dan juga bentuk fizikal nak juga jaga. Tambah-tambah bagi mereka yang sangat mengambil berat tentang saiz badan dan juga kesihatan tubuh badan. 

Mengikut kajian juga, tubuh badan kita perlu membuat pergerakan sekurangnya lebih 60 minit bagi mengelakkan penyakit obesiti. Dengan senaman ringkas ini, bukan sahaja boleh buat dalam rumah, malah hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja.

 

#1 Senaman Kayuhan Basikal

Senaman ini korang kena berbaring di permukaan yang rata dan selesa seperti tikar yoga. Angkat sedikit kedua kaki dan kedua tangan dibelakang kepada Selepas itu, korang boleh mula membuat pergerakan seperti sedang mengayuh basikal.

#2 Renggangan Kaki Secara Menegak (Vertical Leg Crunch)

Korang perlu berbaring terlentang dan angkat kaki membentuk 90 darjah. Selepas itu, angkat sedikit kepala dan bahu dan ulang semula pergerakan ini sekurangnya 10 kali.

#3 Senaman lilin

Mungkin namanya agak pelik dan berbunyi agak berbahaya. Tetapi jangan risau, senaman ini seperti senaman renggangan kaki secara menegak, tetapi korang perlu tegakkan kaki di dinding sebagai support. Pastikan korang angkat kaki sehingga perut juga terangkat.

#4 Sit Up

Senaman ini popular untuk abang-abang sado. Mungkin ramai yang belum reti lakukannya, tetapi jangan risau, angkat badan korang semampunya dahulu sebagai permulaan. Lama-lama nanti, pasti boleh buat punya! -MJ