Nak mohon kerja sekarang banyak jawatan yang memerlukan pekerja yang fasih berbahasa Inggeris. Terutamanya bagi sektor swasta. Yelah, kebiasaannya sektor swasta banyak berurusan dengan orang dari luar negara. Jadi untuk memudahkan semua, penggunaan bahasa Inggeris adalah perlu. Pandai dan fasih berbahasa Inggeris juga dapat meningkatkan keyakinan diri juga. Bukan itu sahaja, biasanya ketika sesi temuduga dijalankan, interviewer akan menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi. Dekat sini team Maukerja nak kongsi cara mudah fasih berbahasa Inggeris.



