Hari Natal atau Hari Krismas ialah perayaan terbesar bagi penganut agama Kristian. Ianya disambut setiap tahun memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth. Jom kita tengok fakta hari natal yang taksemua orang tahu


by Haziqah Muhamad
Hari Natal atau Hari Krismas ialah perayaan terbesar bagi penganut agama Kristian. Ianya disambut setiap tahun memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth. Jom kita tengok fakta hari natal yang taksemua orang tahu
#1 Taksemua negara sambut pada 25 Disember
Walaupun kebanyakkan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di negara seperti Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambut pada 7 Januari. Hal ini kerani Hari Natal mengikut kalendar Julius jatuh pada 25 Disember tetapi mengikut kalendar Gregory jatuh pada 7 Januari.
#2 Cara sambutan Hari Krismas mengikut gereja berbeza
Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Antara cara sambutan Krismas disambut di gereja adalah-
Paparan kelahiran Jesus Christ- tradisi ini diamalkan di Itali dimana babak kelahiran dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia atau sekecil kotak mancis. Ianya diperbuat daripada bahan seperti kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.

Lingkaran kedatangan - atau dikenali sebagai Advent wreath dimana daun-daun pain, ivy dan holi bersama lima batang lilin didalamnya digantung didalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap ahad pada musim Kedatangan dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas.

Pembacaan Kitab - Kitab dibaca bagi menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung dalam Bible. Disamping itu, bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya penyelamat telah dijanjikan tuhan kepada bangsa manusia.
Karol - merupakan sebuah nyanyian yang dipersembahkan dalam susasan lilin. Nyanyian itu melibatkan bacaan suci Bible dan koir.
#3 Tradisi pokok krismas datang dari Jerman
Tradisi menghias pohon krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya. Pokok dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan.
#4 Istilah Krismas dan Natal
Istilah krismas merupakan dari turunan bahasa Inggeris lama manakala Natal pula diserap daripada Bahasa Portugis iaitu natalis dimana keduanya bermaksud “kelahiran”
#5 Tarikh sebenar Hari Krismas tidak dicatat
Mengikut kitab Perjanjian Baru, tidak tercatat tarikh sebenar kelahiran Jesus. Sehingga abad ke 19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran. Bagaimanapun mengikut tokoh sains, Isaac Newton mendakwa tarikh tersebut dipilih bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk
Menarikkan? Team di Maukerja mengucapkan selamat Hari Natal kepada seluruh rakyat Malaysia yang merayakannya. - MJ