Dating guna applikasi online, okay ke?
# Gaya Hidup

Dating guna applikasi online, okay ke?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 24, 2021
at 11:28 AM

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh platform online dating eHarmony, pada tahun 2031, 50% pasangan bercinta akan bertemu melalui aplikasi dating online. Ini berdasarkan statistik yang menjangkakan 70% peningkatan dating melalui online pada tahun 2040. Antara kelebihannya adalah platform dating online ini sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk berjumpa dengan pasangan. Namun begitu, kesan dari online dating juga ianya boleh menjejaskan kesihatan mental. Disini ada 5 sebab kenapa Dating Melalui Aplikasi Tidak Elok.

#1 Menjejaskan Kesihatan Mental

Kajian pada tahun 2018 oleh Pusat Teknologi Kemanusiaan mendapati, 77% orang yang menggunakan Grindr dan 56% pengguna Tinder melaporkan, mereka mengalami gangguan mental dan kemurungan. Antara puncanya adalah apabila pesanan (messages) tidak lagi dibalas setelah perasaan berputik atau perkenalan beberapa ketika. Kalau korang pernah mengalami situasi seperti ini dan ianya membuatkan korang berasa stress, itu adalah satu petanda korang patut meninggalkan aplikasi tersebut.

#2 Gian Terhadap Aplikasi Tersebut

 44% pelajar kolej yang menggunakan aplikasi online dating mengakui mereka dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Melalui online dating ini, mereka merasa seperti diri mereka diterima ramai. Comtohnya bila profil mereka menerima ramai tanda "like", atau ramai mula menghantar pesanan (direct message). Kalau korang dah rasa seperti ini, korang akan mula gian dengan aplikasi ini. Korang akan sentiasa nak tengok siapa yang "like" profil korang dan ternanti-nanti pesanan dari 'strangers"

#3 Ianya tidak menyeronokkan

Apabila korang sedang dalam sesebuah hubungan, sepatutnya korang akan mengalami perasaan yang menyenangkan hati dan enjoyable bersama pasangan. Bukannya sesuatu yang memberi tekanan dan berasa tidak gembira. Jika korang selalu berasa demikian, then korang kena cek balik apa yang tidak kena dalam hubungan itu.

#4 Asyik mahukan seseoran yang lengkap dengan kriteria diperlukan

Setiap orang yang berpasangan pasti ada kriteria tertentu yang mereka suka dan tidak suka. Itu adalah normal. Tapi kalau tiap kali korang berkenalan dengan seseorang dan asyik deman untuk mereka menepati ciri yang korang perlukan, korang sebenarnya belum lagi bersedia untuk ber-dating. Mungkin dalam kata lain, korang masih main-main. Online dating sepatutnya medium yang membenarkan korang mengenali seseorang tanpa perlu terlalu tegas dalam kriteria-keriteria yang diperlukan.

#5 Desperate dalam hubungan

Sememangnya taksalah untuk mempunyai perasaan mempunyai pasangan. Yelah, kau dah 28 tahun tapi masih sendu tiada orang nak mengorat. Tapi kalau korang dalam kategori terlalu desperate untuk mempunyai pasangan, alasan itu sudah cukup kukuh untuk korang tidak jadikan sebab untuk berdating. Jodoh tidak perlu dipaksa, ianya akan datang sendiri. Yelah, kalau korang hanya desperate masa tu je, selepas itu ada rasa takberkenan pada pasangan, bukan ke tak elok?

Korang patut gunakan platform online dating kalau korang:-

1. Rasa senang berjumpa dan lebih mesra dengan orang melalui online compare dengan in real life.

2.  Networking - korang suka nak berkenalan dengan ramai orang, tidak hanya terhad kepada satu jantina sahaja

3. Tidak judgemental dan mudah menerima.