Ketahui 6 Tips Untuk Mulakan Perniagaan
# Gaya Hidup

Ketahui 6 Tips Untuk Mulakan Perniagaan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 7, 2021
at 3:20 PM

Seronok kita tengok orang berniaga dapat raih keuntungan, dapat beli keinginan dan kehendak dengan wang yang dikumpul sendiri hasil perniagaan mereka. Ada pulak tu yang berjaya sehingga dapat buka produk sendiri. Baru-baru ini, selebriti Khairulaming meraih 10,000 jualan dalam masa 54 minit sahaja melalui jualan Sambal Nyet nya! Ramai yang terinspirasi untuk berjaya seperti beliau. Pastinya disebalik kejayaan itu, ada teknik dan cara yang betul untuk memulakan perniagaan. Ketahui 6 Tips Untuk Mulakan Perniagaan

 

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini, ada beberapa tips yang perlu korang tahu. Yelah, kalau tersilap langkah, korang boleh rugi besar! Jadi untuk mengelakkan dan meminimakan kerugian nanti, ini yang korang perlu tahu sebelum mulakan perniagaan.

 

Jadikan sebagai kerja sampingan (part time)

Kalau korang dah ada kerja sepenuh masa, jangan terburu-buru untuk berhenti kerana hendak memulakan peniagaan. Dalam business ni, kita tidak tahu bila untung dan rugi. Tambahan pula baru nak berjinak, korang belum pasti lagi sejauh mana perniagaan yang bakal korang kerjakan itu boleh pergi sejauh mana. Pada fasa awal ini, korang kena jadikan business sebagai back up plan sahaja. Bila dah nampak stabil dan boleh melangkaui pendapatan kerja full time korang, barulah korang boleh buat decision.

 

Jangan labur dengan modal lebih dari apa yang ada.

Jangan labur modal besar sebab korang takda ilmu bisnes yang stroing lagi. Pasaran pun masih belum kenal dan tak tahu lagi nak pasarkan macam mana. Korang boleh mula dulu dengan jadi dropship atau menjadi agen untuk produk orang lain. Rasa dulu susah senang berniaga. Cari ilmu berniaga dan ilmu pemasaran dan bagi target berapa jualan nak capai. Contoh, target jual 50 botol untuk bulan pertama, dan jika berjaya dicapai, tingkatkan target korang 10% setiap bulan.

 

Ceburi perniagaan berdasarkan kemahiran dan minat

Ini penting sebab kita taknaklah bila korang dah mula berbisnes, ianya sekadar separuh jalan sahaja. Bila korang menceburi perniagaan yang betul-betul berasaskan minat korang, takdelah korang cepat mengalah sebab korang tahu apa yang korang nak. Ini juga boleh menjadi motivasi untuk korang jalan terus dalam perniagaan.

 

Belajar ilmu asas mengenai marketing

Pemasaran sangat berkait rapat dengan perniagaan. Kalau korang ada target dan barang yang berkualiti tetapi taktahu cara yang betul untuk mempromosikannya, itu dah jadi satu pembaziran. Sekarang bersepah tips untuk korang mula belajar tentang dunia pemasaran ini. Google je tentant tips marketing, banyak yang orang kongsi di laman sosial. Kalau ada duit sedikit bolehlah masuk kelas marketing yang berbayar untuk mendalami lebih lagi tentang marketing. Cuba kukuhkan nama perniagaan supaya korang dapat tarik lagi ramai pelanggan.

 

Belajar dari pesaing

Dekat dunia ni, taklagi dah wujud pasaran monopoli. Semuanya dah pesaing. Jadi, korang kena sentiasa belajar dari pesaing. Tapi ingat, jangalah tiru bulat-bulat apa yang mereka lakukan. Nanti jadi kes copywrite pulak. Cara belajar dari pesaing adalah, teliti apa yang mereka lakukan dan baikinya mengikut kesesuaian perniagaan dan pasaran korang. Ingat, jangan tiru!

 

Buat rekod jual beli

Bila bisnes dah semakin baik, pastinya korang dah mula ada pendapatan. Tapi ingat, jangan lupa buat rekod jual beli dan wang keluar masuk supaya korang tahu kemana perginya duit jualan dan untung hasil dari perniagaan korang. Takdelah nanti termenung “aku dah berniaga nak dekat setahun, tapi tak tahu mana pergi duitnya” jaga-jaga, ini bahaya!