KINI DIBUKA Permohonan Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat
# Trending Semasa

KINI DIBUKA Permohonan Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 15, 2021
at 3:34 PM

Kerjaan telahpun mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dimana kadar bantuan dan kategori BPR ditambah baik bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH0 seperti kelayakkan umur individu bagi bujang diturunkan ke 21 tahun ke atas.. Isi rumah  yang mempunyai anak lebih 2 orang juga akan mendapat bantuan yang lebih dari sebelum ini. Permohonan Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan BPR ini sudah pun dibuka hari ini 15 Januari 2021 bagi pemohon baru. Namun, jika korang pernah meneriam bantuan sara hidup sebelum ini, profil korang telah pun direkodkan dalam pengkalan data, dan jika korang ada maklumat terbaru bolehlah kemaskini sahaja profil. 

Bantuan kewangan ini adalah untuk individu dan keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang dari RM5,000. Kategori dan kadar bantuan adalah seperti berikut:

Pendapatan isi rumah bawah RM2,500

Tiada anak atau mempunyai seorang anak= terima RM1,200

Mempunyai lebih dari 2 anak = terima RM1,800

Pendapatan isi rumah bawah RM2,501 - RM4,000

Tiada anak atau mempunyai seorang anak= terima RM800

Mempunyai lebih dari 2 anak = terima RM1,200

Pendapatan isi rumah bawah RM4,001 - RM5,000

Tiada anak atau mempunyai seorang anak= terima RM500

Mempunyai lebih dari 2 anak = terima RM750

Individu bujang berpendapatan kurang RM2,500

Had kelayakkan umur bermula 21 tahun keatas = terima RM350

Cara permohonan:

ONLINE

1. Layari portal Bantuan Prihatin Rakyat di https://bpr.hasil.gov.my/ 

2. Muat turun aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan. Memuat turun di Play Store atau Apps Store.

MANUAL

1. Dapatkan borang di https://bpr.hasil.gov.my/Download/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf atau di cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN / Pusat Transformasi Bandar UTC

2. Hantar borang yang lengkap diisi dimana-mana kaunter berikut

  • cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN / Pusat Transformasi Bandar UTC
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausah Kerajaan Negeri
  • Pejabat Daerah
  • Pos kan ke Peti Surat BPR, GPO Shah Alam, 40800 Selangor

Tarikh permohonan: 15 Januari 2021 - 15 Februari 2021