Penunggang Motosikal Didenda RM48,000. Ini Senarai Saman Trafik Paling Mahal Di Malaysia
# Gaya Hidup

Penunggang Motosikal Didenda RM48,000. Ini Senarai Saman Trafik Paling Mahal Di Malaysia

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 24, 2021
at 3:34 PM

Korang pernah ada pengalaman disaman atas apa-apa kesalahan jalan raya? Kami pasti mana-mana pemandu atau penunggang motosikal di Malaysia pasti ada pengalaman disaman kerana melanggar undang-undang. Betul tak? Penunggang Motosikal Didenda RM48,000. Ini Senarai Saman Trafik Paling Mahal Di Malaysia

Sumber gambar: BERNAMA

Berbeza dengan di luar negara, kadar harga saman yang perlu dibayar ada yang mencatatkan harga yang tinggi melampau sehingga mencecah puluhan ribu ringgit! Contohnya seperti di Kanada, pada tahun 2010, seorang penunggang motosikal terpaksa membayar sebanyak USD12,000 (RM49,000) kepada kerajaan Kanada selepas didapati memandu dengan kelajuan 164 batu sejam. Bagi mengelakkan lesen digantung, penunggang itu bersetuju untuk membayar jumlah tersebut kepada kerajaan sebagai kompaun.

Jika di Malaysia pula, berapakah kadar harga saman traffik yang paling tinggi dan apakah kesalahan jalan raya tersebut?

 

Senarai Kesalahan Jalan Raya Dengan Kadar Saman Paling Tinggi Di Malaysia

 

1. Memandu di lorong kecemasan, RM300

Sekiranya korang memandu di lorong kecemasan, korang perlu membayar saman sebanyak RM300 sekiranya tertangkap! Walau apa pun alasan anda, lorong kecemasan adalah untuk kegunaan kecemasan sahaja kepada ambulans, pegawai polis dan pihak-pihak yang diberi kuasa untuk mengendalikan kes-kes kecemasan yang mungkin melibatkan hidup atau mati.

 

2. Halangan Lalu Lintas, RM150

Kalau korang meletakkan kereta di tempat yang tak sepatutnya dan kereta korang tu menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas, maka bersiap sedialah untuk disama ya. 

 

3. Tak Boleh Buat Pusing U, RM150

Kesalahan ni pasti ramai yang buat, kan? Kalau korang tertangkap, memang melayanglah duit RM150 nanti. 

 

4. Larang Letak Kenderaan, RM150

Pastikan korang sentiasa parking di tempat letak kereta. Nanti tak pasal-pasal kena sampai pulak! Kalau korang pergi mana-mana shopping mall pun, kalau tak parking kereta pada kotak yang disediakan pun kena clamp, kan? Bukan setakat clamp, kena bayar lagi haa.

 

5. Larang Memotong, RM150

Ada sebab kenapa ada di sesetengah kawasan korang tak boleh memotong. Memotong sesuka hati sebenarnya boleh mendatangkan bahaya tau! Jadi bila nampak papan tanda dilarang memotong, patuhilah.

 

6. Melebihi Had Laju, RM150

Kesalahan ni rasanya ramai yang pernah kena, kan? Mana taknya, memandu melebihi had laju yang ditetapkan, memang mengundang kena samanlah jawabnya.

 

7. Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, RM150

Sama ada anda pemandu atau penumpang, korang mesti memastikan semua orang di dalam kereta memakai tali pinggang keledar untuk meminimumkan risiko mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan. Apa-apapun, ingat! Nyawa sangat berharga! 

 

8. Pandu Guna Alat Komunikasi, RM150

Haa ni lagi satu hal. Suka betul main twitterlah, facebooklah masa tengah bawak kereta. Bawa kereta wajib fokus. Kalau dah mata tunduk pandang handphone, bila masa nak fokus kat jalan raya kan? Nanti mulalah kalau ada yang buat emergency brake, ada yang langgar belakang!

 

9. Potong Secara Bahaya - Potong Q (RM150)

Jika anda tertangkap oleh pihak berkuasa kerana memotong kenderaan lain dari sebelah kiri, tidak menggunakan lampu isyarat atau memotong kenderaan dengan cara yang berbahaya dan boleh mendatangkan mudaratkan orang lain, korang memang akan kena saman. 

 

Lagi satu, harga saman ni adalah harga asal. Harga asal saman ni boleh meningkat sekiranya korang lambat bayar. Jadi sesiapa yang baru teringat korang pernah kena saman tu, selesaikanlah cepat ye. Nanti silap-silap boleh cecah beribu-ribu ringgit pulak. Masa tu memang garu kepalalah nak bayar!