‘Jarakkan Peti Ais Dari Dinding Boleh Jimat Elektrik’ - 6 Petua Dari TNB Yang Korang Kena Tahu
# Gaya Hidup

‘Jarakkan Peti Ais Dari Dinding Boleh Jimat Elektrik’ - 6 Petua Dari TNB Yang Korang Kena Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 6, 2021
at 11:32 AM

Selain penghawa dingin, apa lagi barangan elektrik yang korang rasa antara punca bil elektrik korang melambung? Melihatkan perkongsian yang dikongsikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini, sebenarnya banyak perkara yang mendorong kepada peningkatan bil elektrik di rumah kita. ‘Jarakkan Peti Ais Dari Dinding Boleh Jimat Elektrik’ - 6 Petua Dari TNB Yang Korang Kena Tahu

Kali ini kita selaku pengguna sangat bertuah kerana pihak TNB sudi memberikan petua cara untuk menjimatkan bil elektrik supaya tidak melambung terlalu tinggi. Salah satunya adalah dengan menjarakkan peti sejuk dengan dinding sebanyak 10cm. Apa maksudnya tu? Teruskan membaca 6 tips dibawah:

 

#1 Gunakan mesin basuh semaksimum mungkin - Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh selagi belum betul-betul penuh.

Basuh baju dengan memenuhkan mesin dengan pakaian dan fabrik bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan tenaga malah juga masa korang. Ini kerana, mesin basuh menggunakan tenaga yang sangat banyak. Kalau korang basuh dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa korang akan mengurangkan kekerapan untuk membasuh baju. Seeloknya, kumpul baju yang kotor sehingga mesin penuh, barulah korang basuh baju tu.

#2 Bersihkan filter aircond! - Pastikan aircond dapat berfungsi dengan efisyen.

Kalau rumah korang ada install penghawa dingin, pastikan krang mencuci penapis dengan kerap. Penapis yang bersih akan menambahkan tahap keberkesanan aircond dan juga boleh berfungsi dengan baik. Bukan itu je, takdelah nanti korang mengadu 'rumah ada aircond, tapi masih rasa panas'.

 

#3 Tutup pintu dan tingkap ketika menggunakan aircond - Lebih cepat sejuk!

Selain mencuci penapis aircond dengan kerap, rumah yang mempunyai aircond juga kena pastikan tingkap selalu ditutup rapat semasa menggunakan aircond untuk menyejukkan ruang rumah dengan lebih cepat. Elakkan juga membina 'batu angin' dalam rumah jika korang nak pasang aircond. Kalau takpercaya, guna tips ini dan compare kan harga sebelum dan selepas. Korang pasti teruja dengan keberkesanannya!

 

#4 Penuhkan cerek elektrik jika ingin masak air - Lebih jimat!

Minum air panas memang boleh menyegarkan badan terutamanya sebelum tidur. Tapi semasa nak panaskan air tu, pastikan korang penuhkan cerek supaya boleh menjimatkan kekerapan memanaskan air. Air panas yang berlebihan jangan pula di buang atau dibiar sejuk, ambil 'flask' dan simpan air didalam nya bagi mengekalkan suhu air tersebut. Jimat masa, dan juga jimat tenaga!

 

#5 Jangan biarkan laptop dalam mode standby - Terus je shut down sebab elektrik berjalan tau!

sekarang ni satu keluarga guna laptop untuk buat kerja dan belajar. Pesan dekat mak, adik, kakak dan abag, lepas guna laptop tu, pastikan terus tutup suisnya. Jika korang charge laptop dan bateri telah penuh, cepat-cepatlah tutup suiz pengecas. Ingat, setiap tenaga yang mengalir akan masuk dalam bil penggunaan juga walaupun gadget orang dah charge punuh. Oh, nasihat ini untuk termasuk pengecasan telefon bimbit, powerbank, modem dan lain-lain!

 

#6 Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen

Siapa disini baru tips ini? Kita geng! Jarakkan dinding dengan peti sejuk sejauh 10 cm bagi mendapatkan peredaran yang lebih baik dan menjimatkan tenaga elektrik. Takpercaya? Cuba buat hari ini jugak dan bandingkan bil elektrik bulan lepas dan bulan depan. Pasti korang taksangka dengan penjimatannya. Selamat mencuba!​

 

Korang nak berniaga di Instagram tapi untuk belum lagi berlipat ganda? Baca tips disini, modal RM60, jualan cecah RM1,000 satu hari! BACA SINI