Rider Ini Raih RM56K Selepas Berjaya Lengkapkan 21,000 Pesanan
# Gaya Hidup

Rider Ini Raih RM56K Selepas Berjaya Lengkapkan 21,000 Pesanan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2021
at 10:29 AM

Pekerjaan gig yang terkenal ini menjadi amat popular bukan sahaja dalam kalangan kita, tetapi termasuklah di negara lain juga. Walaupun berisiko tinggi, namun akibat keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu, memaksa ramai menceburi bidang ini. Rider Ini Raih RM56K Selepas Berjaya Lengkapkan 21,000 Pesanan

Tidak dinafikan, bukan mudah menjadi seorang rider penghantar makana. Disamping perlu berhati-hati di jalan raya, mereka juga perlu memastikan barangan diterima pelanggan dengan selamat. Bukan itu sahaja, tidak mudah sebenarnya bagi seorang rider meraih pendapatan yang tinggi kalau bukan mereka perlu patuh dengan masa penghantaran dan kualiti.

Sumber gambar: Mothership.sg

Ini yang terjadi kepada seorang rider jenama Deliveroo di Singapura. Lelaki yang berusia 33 tahun ini berjaya meraih bonus sebanyak S$18,500 (~RM56,870) selepas beliau berjaya melengkapkan sebanyak 21,500 pesanan. Jumlah pesanan itu berjaya diraih oleh rider ini dalam tempoh 3 tahun beliau berkhidmat sebagai penghantar makanan bersama Deliveroo.

Difahamkan, untuk mendapatkan jumlah pesanan sebanyak itu, beliau perlu melengkapkan 30 hingga 40 pesanan dalam satu hari.

Mengulas mengenai bonus besar yang bakal diterima, rider yang dikenali sebagai Chan ini memaklumkan beliau sedia membelanjakan wang berkeaan untuk kebajikan buat mereka yang memerlukan dan bakinya bakal dilaburkan.

Tidak seperti di Malaysia, perkhidmatan Deliveroo lebih popular di Singapura. dimaklumkan Deliveroo turut sedia memberi bonus sebanyak S$370 (~RM1,137) kepada pada rider yang berjaya lengkapkan 2,000 pesanan dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.