Harga Minyak Terus Naik Minggu Ini, Rupanya Berpunca Dari Kapal Ini. Ini Yang Korang Perlu Tahu
# Trending Semasa

Harga Minyak Terus Naik Minggu Ini, Rupanya Berpunca Dari Kapal Ini. Ini Yang Korang Perlu Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 27, 2021
at 2:46 PM

Sebuah kapal kontainer gergasi MV Ever Green yang bersaiz sepanjang hampir menyamai tinggi Empire State Building di New York atau 4 padang bola telah tersangkut di Terusan Suez, Mesir, akibat dilanda badai pasir pada Selasa lepas 23 Mac 2021. Harga Minyak Terus Naik Minggu Ini, Rupanya Berpunca Dari Kapal Ini. Ini Yang Korang Perlu Tahu

Ekoran dari kejadian terbabit, Terusan Suez terus menjadi sesak kerana proses menyelamat kapal itu amat sukar dan menyebabkan perjalanan kapal yang lain turut terkandas/ tangguh.

Laluan merah merupakan laluan terusan suez yang merupakan laluan terpenting bagi tujuan perdagangan dari Eropah ke Asia kerana boleh menjimatkan masa berhari-hari berbanding laluan biru yang memakan masa berminggu-minggu.

Apa yang terjadi sebenar?

Kapal MV Ever Green milik Evergreen Marine Corp yang berasal dari Taiwan itu telah melintang secara tiba-tiba apabila terkena badai yang melanda Gurun Sinai Mesir pada ketika itu. 

Kapal sepanjang 59 meter itu secara tidak langsung telah terkandas dan meng-block seluruh perjalanan di Terusan Suez. 

Kapala MV Evergreen sepanjang 4 padang bola terkandas secara melontang di Terusan Suez

Proses Menyelamatkan

Beberapa buah kapal tunda telah dikerah untuk membantu kapal ‘The Ever Given’ sepanjang 400m (1312 kaki) dan selebar 59m itu. Dijangkakan operasi untuk memindahkan kapal yang terperangkap akan mengambil masa berhari-hari.

Halangan laluan oleh kapal itu mengakibatkan kesesakan teruk trafik membabitkan lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) itu dan kelebaran 300m.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan masalah kelewatan besar dalam penghantaran minyak dan produk lain.

 

Anggaran Kerugian

Lloyd’s List mengganggarkan bahawa nilai barang di kapal kargo yang melalui Terusan Suez adalah rata-rata USD$ 9.7 bilion (RM40 bilion) sehari. Dari jumlah ini, USD$ 5.1 bilion (RM21 bilion) dibawa oleh kapal dari timur ke barat. Sementara itu, selebihnya USD$ 4.6 bilion (RM19 bilion) dibawa oleh kapal dari barat ke timur.

 

Sebelum ini terusan suez pernah ditutup selamat 7 hari kerana..

Kali terakhir terusan suez ditutup lama selama 7 hari adalah ketika peperangan Mesir dan Israel pada tahun 1967.

Sumber: Kompas