Isu peniaga bazar Ramadan yang dikatakan berniaga secara tidak ikhlas apabila menjual barang-barang makanan jenis indah khabar dari rupa bukanlah perkara baru. Boleh dikatakan pada setiap kali Ramadan ada saja aduan atau rungutan pembeli kerana menjadi mangsa peniaga tidak ikhlas seperti ini. Misalnya karipap gas, murtabak bawang, roti john daging ayam tapi banyak telur dan ayam percik kuah celup antara nama-nama yang diberikan pelanggan kerana mengajuk tindakan para peniaga ini.
