Pengorbanan Kru Kapal Selam KRI Nanggala Dihargai. Keluarga Akan Terima Rumah
# Others

Pengorbanan Kru Kapal Selam KRI Nanggala Dihargai. Keluarga Akan Terima Rumah

post by Zaki

by Zaki

Apr 29, 2021
at 1:05 AM

Pengorbanan kru kapal selam KRI Nanggala 402 terus dikenang apabila kerajaan Indonesia setiap waris anggota tentera laut itu akan mendapat sebuah rumah yang akan dibina oleh pihak kerajaan sebagai sumbangan negara. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Jokowi pada satu majlis perjumpaan bersama ahli keluarga waris-waris kru kapal selam tersebut. Kata beliau, kerajaan akan membina rumah bagi semua waris yang lokasinya akan ditentukan sendiri oleh mereka iaitu di mana yang mereka ingini.

Beliau sebelum itu menghadiri satu majlis perjumpaan dengan ahli keluarga kru kapal selam KRI Nanggala-402 di Pangkalan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut Juanda, Jawa Timur. Selain itu, Jokowi turut mengarahkan Panglima TNI, Hadi Tjahjanto dan Ketua Staf TNI Angkatan Laut, Yudo Margono untuk menguruskan rancangan pembinaan rumah-rumah tersebut. Pihak TNI akan menguruskannya secepat mungkin agar ia dapat dilaksanakan segera.

Dalam pada itu, Jokowi sekali kali menegaskan kerajaan republik itu akan memberikan penghargaan kenaikan pangkat satu tahap lebih tinggi kepada 53 prajurit KRI Nanggala-402 yang gugur selain membiayai pendidikan anak-anak mereka hingga ke peringkat pengajian tinggi. Kerajaan akan memberikan penghargaan kenaikan pangkat atas pengorbanan kesemua kru kapal selam tersebut kepada negara. Mereka akan menerima penghargaan Bintang Jasa Jalasena atas dedikasi menjaga tanahair.

Kapal selam KRI Nanggala-402 disahkan tenggelam dengan kesemua kru meninggal dunia selepas hilang ketika menjalani sesi latihan tembakan torpedo di utara perairan Bali. Semua 53 kru KRI Nanggala 402 yang terkorban selepas kapal selam itu tenggelam di perairan Bali, Rabu lalu, akan diberikan kenaikan pangkat.

Dalam pada itu difahamkan, jenazah kru kapal selam KRI Nanggala 402 akan dibawa ke Surabaya Jawa Timur. Ketua Angkatan Laut Laksamana Indonesia (KSAL), Yudo Margono mengatakan proses evakuasi dan bagaimana kaedahnya akan dimaklumkan kemudian.  Proses evakuasi ini nanti akan ke Surabaya, atau mengikut permintaan keluarga.

Kesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam itu disahkan meninggal dunia. Bangkai KRI Nanggala 402 disahkan selepas pasukan penyelamat menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan. Pihak berkuasa berkata, lebih banyak bahagian daripada kapal selam ditemui termasuk sauh dan pakaian keselamatan yang dipakai kru.