Sebut sahaja jenama Honda, terbayang jentera buatan Jepun ini. Honda Malaysia pada tahun lalu mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam segmen bukan nasional di negara ini untuk tahun keenam berturut-turut dengan menjual 60,469 unit kenderaan pada 2020. Pencapaian jualan yang mantap itu dipacu oleh model City yang mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 peratus daripada jumlah jualan. Model kedua paling laris keluaran Honda ialah Civic, diikuti HR-V dengan masing-masing menyumbang 20 peratus dan 17 peratus kepada jumlah jualan.
