Filem / Siri Netflix Padu Yang Korang Boleh Tengok Weekend Ni!


by Maukerja Team
Filem / Siri Netflix Padu Yang Korang Boleh Tengok Weekend Ni!
Penulis - Luq's
Tahun ni banyak betul Series Netflix yang kita boleh tengok. Semua gempak gempak! Mungkin ada dalam senarai ni korang dah tengok, tapi takkan 8-8 ni korang tengok semua kan?! Kalau ye korang memang hantu betul. HAHA. Apa apa pun jom kita tengok apa series menarik yang boleh kita tonton di Netflix weekend ni! *Squid game takde dalam senarai, opkos semua dah tengok kan!
The Guilty
Filem ini bergenre Crime thriller mengisahkan seorang detektif yang ada kesalahan dan dipindahkan ke tugasan sebagai operator pusat panggilan. Ala yang 999 tu. Tapi depa 911 la.
Dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal, dia mencuba untuk selamatkan salah seorang pemanggil yang sedang berada dalam bahaya. Walaupun dia sekarang ni bekerja sebagai operator angkat call, skill dia dalam menyiasat masih ada. Fuhh, awal awal mungkin boring. Tapi korang chill je okay. Nanti ada pasrt best!
There’s Someone Inside Your House
Film ni film diadaptasi dari novel. Cerita ni dia kisah pasal pembunuhan yang gila la orang kata. Tacod! Pembunuh misteri dalam ni dia pakai topeng yang menyerupai setiap wajah yang bakal dibunuh. Selebihnya korang tengok sendiri. Misteri nusantara beb.
Army of thieves
Ni macam filem sequel. Korang kene tengok jugak film satu lagi army of the dead. FIlem ni pasal lawan lawan yang luar biasa la gitu. AH tengok je. Dijamin best!
Maid
Ni cerita pasal ibu tunggal yang bekerja sebagai maid sebab nak hidup. Gitu lah… So ibu tunggal ni dia lari bersama anak dia dari family yang bermasalah. Ni lebih kurang macam inspiring stories. Sebab dugaan yang dia hadapi tak henti henti. Dia tetap kuat untuk anaknya.
My Name
Tengok poster je dah layan! Setelah ayah dia meninggal, seorang perempuan ni dia join organisasi jahat dan menjadi spy polis. Dia nekad nak cari ayah dia yang dibunuh!
So tu jelah cerita yang korang boleh layan dekat Netflix minggu ni. Pape cuba komen apa series atau filem yang best korang tengah tengok?